10 bisnes yang memerlukan khidmat penghantaran barang

Banyak bisnes yang memerlukan servis atau perkhidmatan penghantaran dalam pelbagai aspek dari industri permakanan ke industri e-commerce.

Syarikat servis penghantaran merupakan jantung kepada bisnes-bisnes yang saya akan sebutkan ini. Kurier akan target untuk menghantar setiap barang dengan pantas.

Dengan masa yang sama, mereka juga harus pastikan barang yang dihantar tersebut telah dihantar dengan selamat.

Ini adalah 10 Bisnes Yang Memerlukan Khidmat Penghantaran Yang Dijadikan Sebagai Jantung Bisnes:

 

1. Syarikat Printing / Pencetakan

syarikat rpinting kurier

Kebanyakan syarikat printing akan menggunakan servis khidmat penghantaran untuk order “last-minute”. Oleh sebab itu, syarikat pencetakan memerlukan servis kurier untuk memenuhi kehendak mereka agar barang pencetakkan tersebut dapat dihantar dengan selamat.

Dengan memberikan servis penghantaran yang baik, ini juga boleh menjadikan testimoni untuk mereka. Bahkan, boleh juga dapat “referral” daripada customer mereka, malah bisnes mereka boleh berkembang maju.

 

2. Syarikat Firma Undang-undang (Law Firm)

law firm johor bahru

Untuk syarikat firma (peguam), mereka memerlukan servis kurier yang professional untuk menghantar barangan dan dokumen penting seperti kes report penjenayah, report civil dan sebagainya.

Mereka amat memerlukan dokumen tersebut dengan secepat mungkin, lagi-lagi masa dalam tahap penemuan dalam kes tersebut.

Kadang-kadang, mereka juga memerlukan khidmat penghantaran barang bukti dari satu tempat ke satu tempat untuk dikaji.

Selain itu, syarikat peguam mempunyai deadline, mereka memerlukan syarikat kurier untuk menghantar dokumen dalam hari yang sama (same day) untuk mempercepatkan penyelesaian kes-kes.

 

3. Sekolah Dan Universiti

sekolah khidmat penghantaran

Bukan sahaja syarikat-syarikat biasa yang menggunakan servis kurier tetapi pihak sekolah juga guna untuk menghantar dokumen seperti rekod sekolah, transkrip dan sebagainya.

Cara ini memberikan manfaat pada pihak sekolah dan universiti untuk mendapat dokumen yang terdahulu untuk memastikan program dijalankan dengan lancar.

Syarikat kurier juga dapat menguruskan penghantaran dokumen yang berkaitan dengan perkara sensitif seperti dokumen finance tuisyen fee atau bantuan biasiswa kepada pelajar yang layak.

 

4. Hospital Dan Klinik

hospital klinik kurier penghantaran

Hospital dan klink juga menggunakan servis kurier untuk menerima barangan atau dokumen yang penting untuk kesihatan para pesakit. Dokumen tersebut harus dihantar dengan cepat supaya masalah pesakit boleh diselesaikan pada waktu yang singkat.

Mereka sememangnya memerlukan khidmat penghantaran yang professional untuk menghantar pelbagai jenis ubat-ubatan dan peralatan medikal.

Selain itu, dalam semasa ke semasa, kurier perlu juga transport organ dari satu hospital ke satu hospital.

Dengan agenda hospital dan klinik sebegini, industri kesihatan memerlukan tanggungjawab, teliti, berhati-hati dan khidmat khas oleh sebab dokumen yang sulti dan barang perubatan yang mudah pecah.

Konklusinya, hospital dan klink amat memerlukan khidmat penghantaran dari syarikat-syarikat kurier untuk pastikan setiap penghantaran adalah selamat.

 

5. Farmasi

farmasi penghantaran ubat

Farmasi lebih kurang sama dengan perkhidmatan yang diperlukan dengan hospital dan klinik. Untuk kurier medikal yang professional boleh dikatakan lebih trusted untuk menghantaran barangan dan dokumen yang sensitif atau sulit.

Penghantaran kurier yang professional boleh memberikan servis yang terbaik serta teliti dalam setiap penghantaran barang dan menggunakan sistem tracking yang baik dalam proses penghantaran dari penghantar sehingga lah penerima.

 

6. Syarikat Accounting

Professional kurier penghantaran boleh membantu syarikat accounting untuk memberi dan menerima borang-borang penting seperti cukai dan sebagainya.

Bukan sahaja cukai, pihak khidmat penghantaran juga boleh menghantar payroll dan audit ke syarikat-syarikat accounting tertentu.

Yang penting, syarikat kurier dapat menghantar barang yang sulit dan barang yang dikejar masa untuk dokumen-dokumen yang penting.

 

7. Syarikat Hartanah

hartanah kurier penghantaran

Kalau anda mahu tau, syarikat hartanah juga menggunakan perkhidmatan penghantaran daripada syarikat kurier. Agent hartanah dan broker perlu menghantar dan menerima dokumen penting dengan cara yang terpantas.

Jikalau barang yang diterima tersebut boleh diterima dalam masa yang singkat dapat memberi perubahan yang besar untuk para prospek yang mencari rumah dan untuk pemilik rumah yang sedia ada.

 

8. Syarikat Manufacturer

manufacturer kurier penghantaran

Syarikat manufacturer pula memerlukan servis kurier untuk menghantar barangan ke destinasi dengan secepat mungkin. Dengan adanya syarikat kurier untuk membuat penghantaran barang atau dokumen, ini juga dapat memuaskan para customer untuk menggunakan servis mereka.

Syarikat manufacturer boleh dikatakan sebagai business to business, mereka lebih mementingkan hubungan baik dengan customer atau business partner mereka. Dengan ini, bukan sahaja boleh memberikan servis yang baik, malah mereka juga dapat reputasi yang baik dalam industri bisnes mereka.

 

9. Bisnes E-Commerce

Bisnes E-commerce sedang berkembang pesat, lagi-lagi masa pandemic Covid-19 yang sedang menular sekarang ini. Pada masa ini, semua proses boleh dikatakan akan menjadi digital dan kebanyakan netizen lebih memilih gaya hidup modenisasi ini.

Di dunia digital ini, kebanyakan bisnes yang menaikkan bisnes mereka di alam digital dan dapat menghubungkan produk mereka direct ke customer.

Sememangnya, mereka handle dari proses pembelian hingga ke penghantaran. Sebab itu, bisnes e-commerce memerlukan servis penghantaran daripada syarikat kurier.

Syarikat kurier dapat menghantar barang dengan cepat serta transport barang ke target market supaya customer mereka boleh menerima barang dengan baik. Customer akan rasa lebih ceria apabila dapat menerima barang mereka dengan selamat dan cepat.

 

10. Syarikat Engineering

engineering company kurier

Syarikat engineering juga memerlukan perkhidmatan penghantaran barang yang mana mereka lebih memerlukan kurier untuk mengambil barang penting seperti kunci kontena, dokumen sulit dan sebagainya.

Barang-barang seperti ini adalah penting dan dengan penghantaran yang cepat dapat mengurangkan kebarangkalian kehilangan  barang.

Penghantar barang yang professional harus membuat kerja dengan telitinya kerana barang yang dihantar adalah sensitif serta barang yang dihantarnya adalah mahal ari segi kesulitan mereka.

 

Jadi kesimpulannya, pelbagai jenis bisnes yang memerlukan khidmat penghantaran barang dalam memenuhi proses bisnes masing-masing. Setengah bisnes yang perlu ada penghantar yang professional dari segi kepantasan dan juga ketelitian dalam memastikan setiap penghantaran adalah cepat dan selamat.

April 15, 2022

Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport

Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung

transport supply
April 7, 2022

What is a Transport Supply?

Transport supply is the capacity of the transportation infrastructures

Post a Comment

Your email address will not be published.

×