perkhidmatan penghantaran barang jb

Terdapat 20 Senarai Perkhidmatan Penghantaran Barang Di Johor Bahru

Ramai netizen akan menjadi buntu bila nak cari kurier atau perkhidmatan penghantaran barang.

Ada yang cari yang paling murah, ada yang cari untuk tempat semasa, ada juga yang cari untuk perkhidmatan secara bulk, semua itu bergantung kepada company servis penghataran barang.

[spacer height=”20px”]

 

Justeru, bila orang tanya pasal perkhidmatan pos atau kurier, sudah tentu netizen akan sebut Pos Laju, J&T dan City Link. Ini memang kebiasaan kerana mereka lah kurier terbesar buat masa sekarang.

Lagi-lagi Pos Laju yang sudah tentunya anak syarikat kepada Pos Malaysia. Dan dengan ini, saya akan tunjukkan berapa banyak lagi syarikat yang berpontensi yang sama seperti perkhidmatan pos di atas.ABX Express.

Ini adalah senarai perkhidmatan penghataran barang atau kurier untuk 2021 di Johor Bahru:

  1. Motorex
  2. Bungkusit
  3. City-Link Express
  4. DHL Express
  5. J&T Express
  6. MatDespatch
  7. GoGet
  8. Poslaju
  9. Pgeon
  10. NationWide Express
  11. Ninja Van
  12. SF Express
  13. MrSpeedy
  14. GD Express
  15. Grab Express
  16. Get Runner
  17. Easy Parcel
  18. Delyva
  19. ABX Express
  20. Aramex

Untuk setiap kurier atau perkhidmatan penghantaran barang, ada kebaikan dan keburukannya. Saya akan memberikan sedikit nasihat untuk setiap syarikat kurier yang ada dalam list di atas.

 

motorex kurier perkhidmatan penghantaran barang

1. Motorex

Syarikat ini ditubuhkan pada 2015 dan masih beroperasi menyediakan perkhidmatan penghantaran barang untuk hari yang sama atau hari yang berikutnya. Harganya lebih murah untuk bisnes ke bisnes apabila menggunakan servis mereka pada kala yang banyak.

 

bungkustit perkhidmatan penghantaran barang

2. Bungkusit

Bungkusit merupakan syarikat kurier yang mementingkan perkhidmatan seperti “errands” untuk memenuhi sesuatu tugas samada untuk menghantar barang sehingga untuk menyuruh rider bungkusit untuk membeli barang untuk customernya. Perbezaannya adalah ia boleh disiapkan dalam masa 90 min, tetapi harganya “express” juga.

 

kurier pgeon delivery

City-Link Express merupakan syarikat yang besar, mereka masih lagi dalam proses untuk membesarkan cawangan mereka. Hampir setanding dengan PosLaju. Mereka mempunyai perkhidmatan penghantaran barang di seluruh Malaysia. Harganya berpatutan, boleh layari laman web mereka.

 

dhl kurier

4. DHL Express

DHL Express merupakan kurier dan perkhidmatan pos antarabangsa, mereka mempunyai fleet yang besar untuk perkhidmatan penghantaran barang ke seluruh negeri. Kebanyakan penghantaran pos menggunakan lori untuk barangan yang banyak. Harganya agak competitive / mampu bersaing dengan kurier lain.

 

j&t kurier perkhidmatan penghantaran barang

5. J&T Express

J&T Express merupakan syarikat yang setanding dengan City Link. Mereka kini menarik banyak perhatian dalam alternative kepada Poslaju. Kini masih berlumba untuk menjadi pilihan perkhidmatan penghantaran barang atau kurier untuk market e-commerce.

 

matdespatch kurier logo

6. MatDespatch

MatDespatch merupakan servis penghantaran despatch atau kurier bagi mass market. Menggunakan sistem e-commerce untuk “rider on demand” dalam memenuhi sesuatu permintaan penghantaran barang. Bagi saya interface app nya amat baik untuk rider dan juga pengguna.

 

goget kurier perkhidmatan penghantaran barang

7. GoGet

Perkhidmatan untuk menghantar barang dalam masa 90 min agak tertumpu dan mempunyai banyak permintaan. Inilah syarikat yang mementingkan “on-demand”. Mereka mempunyai ramai riders oleh kerana sistem sama seperti MatDespatch, ada ramai part-timers untuk menyelesaikan setiap tugasan.

 

poslaju perkhidmatan penghantaran barang

8. PosLaju

PosLaju sudah menjadi perkhidmatan penghantaran barang utama bagi ramai netizen oleh kerana mereka sudah lama dalam industri dan merupakan anak syarikat kepada Pos Malaysia. Pos Laju kini sudah semakin laju dalam menghantar barang dalam masa 1 – 2 hari. Harganya memang berpatutan, akan tetapi oleh kerana mereka mempunyai permintaan yang banyak, boleh aspect mereka tak se-efisyen seperti dulu.

 

pgeon kurier

9. Pgeon

Pgeon juga syarikat yang baru dalam industri ini. Mereke sedang berkembang pesat. Kebanyakkan fleet mereka menggunakan van bagi meningkatkan efisyen dalam penghantaran barang. Pgeon juga memberikan rate yang rendah bagi setiap penghantaran. 

 

nationwide motorex kurier

10. NationWide Express

NationWide Express agak popular dalam area-area tertentu, mereka merupakan kurier yang boleh diharap. Menerusi cara rate mereka, dalam RM9 ke RM12, dan mereka boleh siapkan dalam masa 1 – 2 hari. Mereka juga depend kepada area yang mereka cover.

 

ninjavan kurier

11. NinjaVan

Ninja Van berkembang pesat di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia. Kebanyakan platform seperti Shoppee juga menggunakan Ninja Van sebagai perkhidmatan penghantaran barang dari kedai ke pelanggan mereka. Ninja Van juga menggunakan konsep “mass market” yang membolehkan part-timer menghantar barang menggunakan kereta sendiri. Oleh itu, harga mereka agak murah dan competitive.

 

sf express motorex kurier

12. SF Express

SF Express merupakan kurier international dan baru launched dalam pasaran Malaysia. Mereka open untuk shipping international dan barangan domestik. Kos shipping mereka serendah RM18 untuk ship dari Malaysia ke China. Jikalau anda seller yang selalu berurusan dengan China, inilah kurier yang terbaik untuk anda.

 

mrspeedy jb motorex

13. MrSpeedy

MrSpeedy memberikan servis penghantaran pada hari yang sama dan penghantaran dalam masa 90 minit. Servis mereka hanya cover dalam area Klang, Cyberjaya, Petaling Jaya dan Subang. Mereka menggunakan konsep mass market seperti Grab untuk menggunakan driver yang membuat secara part time untuk cover area yang besar serta memenuhi tugas 90 minit delivery.

 

gdex motorex kurier

14. GD Express

GD Express boleh dikenali sebagai GDex dalam nama popular mereka. Mereka sudah berada lama dalam industri ini. Mereka dikenali lebih sebagai kurier untuk mengutamakan konsep delivery dalam masa 1 – 2 hari untuk menghantar atau pos barangan tersebut. Cuma jikalau nasib anda tak berapa baik, kadang-kadang parcel anda akan delay oleh sebab ramai permintaan untuk kurier. 

 

grab express motorex

15. Grab Express

Grab Express adalah  perkhidmatan yang disediakan dibawah Grab untuk menghantar barangan secara “instant”. Boleh dikatakan sama macam MrSpeedy, Grab menggunakan mass market untuk menggunakan rider yang part time untuk menyelesaikan setiap tugas di mana-mana area. Oleh itu juga, harga Grab akan jadi mahal sedikit bagi upah perkhidmatan penghantaran barang untuk rider mereka.

 

getrunner motorex

16. Get Runner

Get Runner merupakan aplikasi untuk mencari “runner” untuk menyelesaikan pelbagai jenis tugas. Konsepnya seperti Bungkusit yang memerlukan rider yang membuat secara part time untuk selesaikan tugas. Get Runner hanya cover di kawasan Kedah, Kelantan dan Terengganu. Buat masa sekarang servis mereka masih baru. 

 

easy parcel motorex

17. Easy Parcel

Easy Parcel merupakan servis yang menyediakan parcel dan servis untuk pelbagai jenis syarikat kurier. Mereka lebih kepada menyediakan platform untuk perkhidmatan penghantaran barang dengan memberikan bandingan syarikat-syarikat kurier dalam satu harga. Semua parcel akan menggunakan “Easy Parcel” untuk setiap penghantaran.

 

delyva motorex

18. Delyva

Delyva mempunyai konsep yang sama seperti Easy Parcel. Mereka juga memberikan platform bagi perkhidmatan penghantaran barang untuk menyenangkan para pelanggan yang ingin menggunakan kurier servis. Di dalam Delyva juga terdapat banyak syarikat kurier yang anda boleh pilih seperti mana Easy Parcel menyediakan platform bagi proses untuk pengeposan.

 

abx express motorex kurier

19. ABX Express

ABX Express merupakan syarikat kurier yang sudah lama dalam industri ini dan sekarang mempunyai branding yang baru. Mereka menyediakan servis kurier dalam masa 1 – 3 hari depends kepada lokasi penghantaran. ABX Express juga mempunyai harga yang competitive, dari JB ke Domestik, dalam RM6 sahaja. 

 

aramex motorex

20. Aramex

Aramex merupakan syarikat kurier antarabangsa yang baru sahaja masuk ke industri ini dalam Malaysia. Aramex mempunya 11 cawang di dalam Malaysia. Mereka mampu membuat domestik shipping dan juga international shipping. Perkhidmatan penghantaran barang dari Aramex dalam range RM 5 – RM 7. Tetapi berbeza jikalau banding dengan shipping antarabangsa.

April 15, 2022

Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport

Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung

transport supply
April 7, 2022

What is a Transport Supply?

Transport supply is the capacity of the transportation infrastructures

Post a Comment

Your email address will not be published.

×