cara pos barang fragile

Ini adalah cara-cara untuk pos barang fragile dengan betul:

  • Bungkus dengan bubble wrap atau kotak yang tebal
  • Bungkus barang dengan sedikit ruang dan tak terlalu ketat
  • Labelkan pakej anda dengan sticker “Fragile”
  • Gunakan insurans untuk pakej / barang anda
  • Bungkus dengan salotape ke seluruh barang supaya tak terbuka

 

Untuk pos barang yang fragile anda harus ingat yang packaging anda haruslah dibuat dengan baik.

Walaubagaimanapun cara penghantaran, jika barang anda dicampak sekali pun, janji inti dalam pakej anda adalah selamat.

 

Perlu ke letak sticker “fragile” untuk pos barang fragile?

Ok. Ini bergantung kepada barang yang anda mahu hantarkan. Jika barang yang anda hantar adalah kaca seperti cawan, gelas dan sebagainya.

Anda haruslah menggunakan sticker “fragile”, bukan sahaja ini dapat mengelakkan daripada pihak syarikat kurier untuk mengagihkan barang anda dengan tidak betul.

Besar kemungkinan, jika tak ada sticker “fragile”, barang anda boleh dianggapkan sebagai barang biasa.

 

1. Bungkus dengan bubble wrap atau kotak yang tebal

bubble wrap pos barang fragile

Anda boleh gunakan bubble wrap untuk bungkus barangan anda. Bagi saya “bubble wrap” ni merupakan perkara yang penting dan asas dalam setiap pembungkusan barang.

Tak kira anda mahu hantar barang biasa atau tak fragile sekalipun, bubble wrap amat penting untuk memastikan keselamatan pakej anda.

Jika anda tak ada bubble wrap, anda boleh menggunakan kotak berlebihan atau plastik untuk menggantikan tujuan asal bubble wrap.

Dengan itu, pakej anda mempunyai pelbagai lapisan bagi mempertahankan barangan anda.

Pastikan bubble wrap anda boleh tahan selama proses penghantaran dari penghantar hinggalah ke penerima.

 

2. Bungkus barang anda dengan sedikit ruang dan tak terlalu ketat

pos barang kotak sendiri

Walaupun anda sudah menggunakan bubble wrap, anda perlu juga memberikan sedikit ruang untuk menahan impak apabile barang anda terjatuh.

Jika barang anda dibungkus dengan terlalu ketat, kemungkinan barang anda akan terkesan jika barang anda berlanggar dengan barang lain atau terjatuh atau dicampak oleh pihak syarikat kurier.

Kita perlu ambil langkah berhati-hati dalam perkara yang kita boleh kawal. Selepas barang anda dihantar kepada pihak syarikat kurier, itu sudah luar dari kawalan kita.

 

3. Labelkan pakej anda dengan sticker “Fragile”

pos barang fragile

Seperti yang dikatakan di atas, anda perlu labelkan “Fragile” pada pakej / kotak barang anda.

Fungsi sticker “Fragile” ini membolehkan pekerja syarikat kurier yang anda gunakan untuk lebih berhati-hati dan peka dengan barang anda.

Maklumlah bahawa pihak syarikat kurier mendapat order atau penghantaran lebih ribuan parcel / dokumen yang perlu dihantar.

Walaupun ada sticker, jika nasib anda tak baik, barang anda mungkin tidak diuruskan dengan baik.

Pastikan sticker “Fragile” yang anda beli perkataannya boleh lihat dengan jelas dan hurufnya besar supaya senang untuk nampak.

 

4. Gunakan insurans untuk pakej / barang anda

pos barang fragile insurans

Insurans bukan sahaja ada pada kereta atau individu tetapi ada juga pada setiap parcel / pakej anda.

Insurans disini dapat cover kos barang anda daripada kerosakan dan apa juga malapetaka. Walaupun anda berhati-hati dan barang anda dibungkus dengan baik, kita tak dapat jangka barang kita akan terjadi apa-apa semasa perjalanan ke destinasinya.

Dengan adanya insurans, anda tak perlu tanggung jika barang yang anda hantar kepada penerima itu rosak.

 

5. Bungkus dengan salotape ke seluruh barang supaya tak terbuka

pos barang fragile plastic tape

Bungkus barangan anda dengan menyeluruh supaya tak ada lubang atau kemek di kawasan bungkusan yang boleh menyebabkan barang anda boleh terkeluar dari bungkusan tersebut.

Anda harus pastikan yang bahan perlidungan yang anda gunakan boleh tahan dan selamat digunakan untuk barang anda.

Tak semestinya anda perlu menggunakan salotape untuk menutup bahagian kotak atau parcel.

Anda juga boleh sampul menggunakan wrapping plastik untuk memberikan lebih kekuatan dan perlindungan kepada produk anda.

 

Konklusi bagi pengeposan barang fragile

Anda harus ingat bahawa cara untuk pos barang fragile ini perlu ada steps yang lebih untuk menjaminkan barang yang anda hantar itu dengan keadaan selamat.

Kita hanya boleh buat yang terbaik dari permulaan proses penghantaran sahaja, yang selebihnya itu kita berikan tanggungjawab kepada pihak syarikat kurier.

Untuk pos barang fragile ni memang nampak macam susah, tetapi ramai yang tak mahu ambil risiko untuk menghadapi masalah ini.

Ada juga yang pos tetapi tak wrap barang dengan betul, ini juga boleh menimbulkan masalah kepada customer jika anda adalah penjual.

 

Jika anda mahu penghantaran pada hari yang sama, boleh layari website kami. Kami cover di seluruh Johor Bahru.

April 15, 2022

Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport

Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung

transport supply
April 7, 2022

What is a Transport Supply?

Transport supply is the capacity of the transportation infrastructures

Post a Comment

Your email address will not be published.

×