- April 30, 2021
- Courier Delivery, Packaging, Same Day Delivery, Transport
Barang yang berharga akan membuat kita sebagai sender risau dengan barang tersebut. Lagi-lagi kalau barang tu emas, diamond (berlian) dan sebagainya.
Mana tak risau kalau apa-apa jadi dekat barang kita. Kalau hilang macam mana? Pening pulak nak pikir.
So, saya nak bagi tips sikit dalam cara untuk pos barang berharga guna syarikat kurier dengan selamat.
5 Tips Cara Pos Barang Berharga Dengan Selamat
- Insuranskan barang anda
- Bungkus barang dengan sempurna
- Declare barang as “barang logam”
- Guna syarikat kurier yang ada “tracking”
- Pilih brand syarikat kurier yang anda selesa
Ini adalah antara tips-tips yang saya akan share dalam artikel ini. Harap selepas anda hadam artikel ini, anda boleh lah berani sikit untuk pos barang yang berharga.
Sama ada barang tersebut nak hantar kepada kawan ke, saudara mara ke ataupun ke customer anda.
1. Insuranskan Barang Anda
Sudah tentunya anda perlu insuranskan barang anda. Tetapi ada syarat-syarat yang tertentu, bergantung kepada pemilihan syarikat pos yang anda pilih.
Sebagai contoh, jika anda memilih PosLaju, mereka ada partner dengan Zurich untuk memberikan perlindungan kepada barang anda.
Tapi ada limit untuk berapa yang anda boleh cover. Maximum coverage untuk barang yang rosak, hilang dan sebagainya, dalam RM4,000 sahaja. Lebih daripada itu, insurans tak dapat nak cover harga barang anda tersebut.
Ingat! Kalau nak pos barang berharga, mesti kena insuranskan. Kalau barang beribu, susah nanti kalau apa-apa yang jadi nanti.
2. Bungkus Barang Dengan Sempurna
Dalam bahagian ini, anda tak boleh miss sekalipun. Sebab ini adalah perkara yang amat penting dan memainkan peranan atas keselamatan barang anda. Ia juga boleh menentukan bahawa keselamatan barang anda sama ada rosak atau tidak.
Kenapa? Sebab pekerja syarikat pos tak akan tau barang anda jenis apa. Barang anda mungkin akan berada di mana-mana dan juga dibaling, ini pasti.
Anda harus beranggap bahawa barang anda akan kehulur kehilir dengan barang customer yang lain. Jadi, kita harus bungkus barang berharga dengan sempurna.
Cara terbaik adalah dengan menggunakan “bubble wrap”. Pastikan salotape ke seluruh barang bungkusan anda. Jika barang anda itu mudah pecah. Lebih baik gunakan bubble wrap dan styrofoam untuk memberikan lebih “protection” dari apa-apa impak ke atas bungkusan tersebut.
Jika barang tersebut tidak dibungkuskan dengan baik, kemungkinan barang anda akan rosak apabila diterima oleh penerima.
3. Declare barang as “barang logam”
Ramai yang jujur dekat Malaysia ni atau pun suka nak menunjuk-nunjuk. Tapi jangan la pula bagitau barang yang dibungkus tu “emas” atau “berlian”, kadang-kadang bila orang nampak, pantas je tangan diorang.
Kalau barang pelik-pelik, biasanya seller atau penghantar boleh letak sebagai “dokumen”, cara ini pun boleh, janji barang yang anda hendak hantar itu tak berat.
Anda declare sahaja barang berharga anda tersebut itu sebagai “barang logam”.
Cara ini dapat memastikan kepada sesiapa sahaja yang memegang dan mengalih barang “berharga” anda tersebut, tak dapat tau apa isi kandungannya.
Ini juga dapat mengelakkan jika syarikat pos tersalah hantar ke salah rumah. Jikalau berlaku, harap procedur dan penghantaran berjalan dengan lancar supaya perkara ini tak berlaku.
4. Guna syarikat kurier yang ada “tracking”
Perkara terpenting yang ada dalam syarikat kurier adalah “tracking”. Ini merupakan satu aspek yang boleh dijadikan sebagai “penyejuk” hati customer. Sebabnya, susah kita nak track barang satu-satu, dengan sistem tracking yang baik, barang tersebut pergi mana pun kita masih boleh tahu.
Lagi banyak lokasi tracking lagi bagus. Kadang kala point tracking dalam sesebuat syarikat kuriernya tak banyak, bermaksud dari point A ke B dan ke C sahaja. Dan tak seperti point A hingga ke point Z.
Lagi banyak point yang barang tersebut ditrack, lagi bagus dan lebih senang jika berlaku sebarang kerisauan atas kehilangan barang yang tak sampai-sampai.
Simpan nombor “tracking tersebut” biasanya kalau guna sistem online, no. tracking itu akan ada dalam sistem anda semasa anda login. Tapi kalau anda drop off barang secara offline, pastikan anda rekod no. tracking tersebut dan send kepada penerima.
5. Pilih brand syarikat kurier yang anda selesa
Ini wajib untuk ketenangan hati kita dan kita boleh lepaskan tangan je dengan brand yang kita betul-betul trust. Percaya itu kena ada. Kalau tak percaya, susah hati kita bila risau barang tak sampai-sampai.
Dengan memilih brand yang kita dah kenal, senang kita nak berurusan nanti sebab kita dah biasa gunakannya. Kalau jarang guna syarikat kurier tersebut, mesti sekejap-kejap risau.
Contohnya, kalau anda pengguna tegar “Poslaju”, guna je Poslaju, tak salah pun. Lagi-lagi Poslaju brand yang terkenal dan adalah syarikat pos negara.
Bila kita dah percaya dengan brand tersebut, kita mula lah dengan step yang seterusnya. Pastikan barang dibungkus dengan betul, tak ada lubang dan sebagainya, dan pos ke kaunter atau order online.
Konklusinya
Jadi, ini merupakan 5 Tips Cara Pos Barang Berharga Dengan Selamat. Saya harap anda dapat hadam tips-tips yang diberikan.
Anda harus ingat tips-tips ini dari awal sampai habis, “Insuranskan Barang Anda”, “Bungkus Barang Dengan Sempurna”, “Declare barang as “barang logam” “, “Guna syarikat kurier yang ada “tracking” “, “Pilih brand syarikat kurier yang anda selesa”. Jadi itu merupakan 5 tips untuk pos barang berharga.
Jika anda mahukan servis kurier dan penghantaran barang di kawasan Johor Bahru, anda boleh tekan link ini.
Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport
Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung
What is a Transport Supply?
Transport supply is the capacity of the transportation infrastructures