pos barang frozen

Ada pelbagai cara untuk menghantar barang-barang frozen, tapi ramai netizen yang masih ragu-ragu untuk menghantar barang frozen ke customer atau ke supplier.

 

Ada ke kurier / syarikat pos boleh menghantar barang frozen?

barang frozen food motorex

Ya. Ada. Tetapi tak semua syarikat pos dapat menampung permintaan setiap customer mereka. Ada sesetengah boleh menerima barang frozen, dengan syarat, perlu hantar dengan “bulk”.

 

Kalau nak buat penghantaran barang frozen secara satu-satu atau kuantiti yang sedikit, cara itu akan menggunakan kerjasama pos motosikal tapi untuk hantar melalui motor, barangan itu hendaklah dihantar paling kurang dalam 1 hari.

 

Jika barangan itu ditinggalkan lebih daripada 1 hari, barangan tersebut boleh rosak dan berbau. Ini juga menyebabkan kesusahan bagi kedua-dua pihak.

 

 

Macam mana nak “preserve” barang frozen?

Mula-mula, kita perlu mengambil langkah pertama untuk mempertahankan hak produk kita.

pos barang frozen

Lagi-lagi barang yang kita nak hantar itu agak sensitif dengan suhu dan tempoh masa ia boleh bertahan semasa dalam proses penghantaran.

Untuk barangan frozen anda boleh menggunakan bahan seperti berikut:

  • Kotak polisterin / styrofoam
  • Dry ice
  • Gunakan ice gel

 

Ini merupakan bahan yang asas untuk memastikan barangan frozen anda selamat dan tidak rosak.

Walaupun, penghantaran barangan sejuk / frozen ini memerlukan beberapa barang tambahan seperti ais dan sebagainya.

 

Anda perlu ingat bahawa, bahan-bahan tersebut adalah “keperluan” untuk barangan frozen.

Jika anda terlupa atau tersilap untuk hantar barang frozen ni, kemungkinan langkah yang penting ini akan merugikan anda.

 

Kotak Polisterin / Kotak Styrofoam

pos barang frozen guna styrofoam

Kotak styrofoam ini merupakan kotak yang “nipis dan tebal”. Kotak ini boleh senang pecah juga tapi dia masih lasak.

Kotak ini sesuai untuk mengurangkan haba untuk masuk ke dalam bahagian dalam kotak. Jadi ia memang sesuai untuk barang frozen.

Ia juga dikenali sebagai “Kotak Polysterene Foam” yang baik untuk simpan barang sejuk dengan jangka masa yang panjang.

 

Dry Ice

dry ice frozen food

Ok. Ini merupakan perkara yang anda wajib ambil atau guna untuk proses penghantaran.

Paling baik bila barang frozen anda adalah seperti makanan laut, sayur, buah-buahan, frozen food dan lain-lain.

Dry Ice ini juga boleh diguna pakai untuk pakej atau barangan yang seterusnya.

Kalau anda susah nak dapatkan dry ice, boleh juga guna ice bag untuk menggantikan dry ice.

Bagi saya, dry ice adalah solusi paling sesuai untuk memastikan barang frozen anda dalam keadaan baik.

 

Cara kegunaan “Dry Ice”

Jangan pack barangan frozen anda terlalu mampat dengan barangan lain, ini akan mengakibatkan tekanan di dalam kotak meningkat dan boleh membuat kotak itu pecah.

Gunakan sekurang-kurangnya 2-mil plastik liner. Letakkan bersama dry ice tersebut dalam kotak, sekali dengan produk anda di atasnya.

Anda juga boleh meletakkan dry ice ke atas barang frozen anda untuk memastikan kesejukkan suhu boleh merangkumi seluruh kotak tersebut.

 

Guna Ice Gel

ice gel frozen food

Ice gel juga merupakan satu alternatif untuk menggantikan “dry ice”. Yang bagusnya dengan ice gel adalah ia senang untuk dibawa, ringan dan flexibel.

Satu sahaja masalah ice gel adalah suhunya tak serendah “dry ice” yang membolehkan barang frozen anda tahan lama.

Tetapi untuk kali ini, oleh kerana kita mahu mengepos barang frozen, ice gel juga membantu untuk menyelesaikan masalah itu.

 

Sebab kita tak simpan barangan frozen itu lebih dari seminggu, kita boleh memberikan barang frozen yang berisikan “ice gel” sebagai langkah yang jimat.

Dan juga sebagai ais sementara sahaja.

Apabila anda menerima barangan frozen tersebut, anda boleh pindahkan barangan itu ke tempat yang lebih sesuai.

 

Berapa jenis barang frozen yang boleh hantar?

Mesti anda terfikir bahawa, kalau nak hantar barang frozen, apa barangan yang boleh hantar?

Makanan laut boleh ke? Boleh tahan lama ke? Berapa lama nak sampai ke destinasi?

Terdapat pelbagai jenis-jenis barangan frozen.

Ini lah antara senarai “barang frozen” yang anda boleh hantar:

  • Roti Paratha (Frozen)
  • Kek Frozen
  • Samosa Kentang
  • Samosa Daging
  • Makanan Laut (Frozen)
  • Kuih (Frozen)
  • Barangan yang dipek

 

Kadang-kala kalau barang frozen tersebut susah untuk dikenal pasti dan agak sensitif, anda perlu menanya syarikat pos jikalau mereka boleh mengepos produk anda.

 

Ada 3 cara untuk pos barang frozen

 

1. Menggunakan lori sendiri

Anda boleh menggunakan lori sendiri untuk pos barang2 frozen. Samaada barangan frozen anda itu telah dipek sekali dengan kotak styrofoam dan dry ice supaya barangan frozen anda itu tak mudah rosak.

Dengan menggunakan lori sendiri, anda dapat memastikan barangan anda lebih selamat berbanding hantar kepada pihak ketiga.

Antara anda sendiri yang menghantar barangan frozen tersebut atau anda ada tenaga pekerja sendiri yang akan membuat kerja itu untuk anda.

 

2. Menggunakan servis logistic (untuk barang bulk dan jauh)

Kebiasaannya, pihak logistic akan mengambil barangan yang besar dan berat untuk tujuan penghantaran barangan seperti barang frozen dari satu destinasi di luar negaran untuk masukkan ke dalam negara.

Kemudian, mereka akan menggunakan last mile delivery ke destinasi masing-masing.

Ini juga lebih kepada bagaimana supplier anda pek barangan anda supaya tak rosak semasa perjalanan ke akhir destinasi.

 

 

3. Menggunakan servis pos

Pust servis pengeposan biasanya akan membuat setiap “last mile delivery” untuk penghantaran ke para pelanggan.

Dengan ini, barangannya tidaklah setimpal seperti yang di atas. Mereka juga boleh memberikan penghantaran terakhir untuk barang frozen.

Seperti Motorex, menyediakan lori untuk penghantaran barang frozen terus ke customer.

Barangan frozen, seperti, kek, roti (frozen), makanan laut dan sebagainya.

Kebiasaannya, syarikat yang lain tak menggambil task seperti ini kerana ia memakan masa untuk memastikan barangan tersebut selamat daripada kerosakkan.

 

 

Antara syarikat kurier yang boleh hantar barang frozen:

  • Motorex
  • uParcel
  • Ta-Q-Bin
  • TnT
  • Fedex

 

Motorex

motorex frozen food delivery

Untuk syarikat kurier Motorex, mereka juga memberikan servis untuk pos barang frozen secara bulk.

Mereka juga boleh menghantar barang frozen menggunakan motorsikal untuk last mile delivery direct ke customer.

Biasanya, untuk barangan frozen yang bulk, mereka akan menggunakan lori untuk memproseskan setiap order untuk barangan frozen.

Barangan frozen tersebut juga hendaklah dipek dengan betul sebelum hantar kepada syarikat kurier.

Take note bahawa, Motorex buat masa sekarang hanya beroperasi di Johor Bahru sahaja.

 

uParcel

uparcel motorex

Syarikat kurier ini juga memberikan perkhidmatan penghantaran barang frozen dengan flat rate untuk jenis parcel yang berbeza.

Mereka juga memberikan flat rate untuk penghantaran barangan frozen dan yang berkaitan dengannya.

Untuk uParcel, mereka ada di beberapa lokasi sahaja seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapore.

 

Ta-Q-Bin

ta q bin barang frozen

Ta-Q-Bin memberikan servis “Temperature Controlled Delivery) untuk barang frozen seperti produk fresh seafood, dessert, pre-cooked food, fresh ramen dan lain-lain.

Walaupun Ta-Q-Bin boleh hantar macam-macam, barangan yang mahu dihantar haruslah “pre-cool” dahulu sebelum diambil oleh pihak syarikat kurier.

Untuk beratnya pula, setiap parcel adalah dalam 15 kg ke bawah. Bukan lebih ya.

Barangan frozen itu hendaklah dipek dengan baik seperti saya jelaskan dalam bahagian Motorex.

 

Mereka juga tak menerima makanan yang tidak halal. Saya menganggap ini kerana kemungkinan barangan tersebut sukar untuk di hantar.

Dan jika penghantar / pekerja muslim, agak sukar untuk mereka bagi memproseskan penghantaran mereka.

 

TnT

tnt express barang frozen

Syarikat kurier ini juga menghantar bermacam-macam barangan seperti daging, susu, makanan laut, buah-buahan, sayur-sayuran, barang frozen dan juga arak.

Jika ada para non-muslim yang mahu menggunakan servis penghantaran arak juga boleh ke sini.

Mereka menerima apa-apa jenis produk yang boleh dihantar direct ke customer.

Walaupun mereka menerima semua, ada juga langkah berjaga-jaga yang mereka perlu ambil tahu.

Seperti, jika anda menggunakan “dry ice” anda perlu memberitahu mereka terlebih dahulu.

Kerana “dry ice” merupakan barang berbahaya oleh sebab ia boleh memberi tekanan dalam kotak yang boleh mengakibatkan kotak itu pecah.

Anda disarankan untuk contact mereka dahulu untuk para experts untuk handle bahagian tersebut.

 

Fedex

fedex motorex cheapest courier

Untuk syarikat Fedex, yang merupakan syarikat penghantaran international memberikan kaedah penghantaran yang memastikan semua parcel yang dihantarnya selamat.

Mereka mempunyai kaedah “Temperature-controlled shipping” tersendiri.

Cara mereka buat adalah untuk anda memilih sendiri tahap suhu kesejukkan yang anda perlu dan mereka boleh pakejkan produk anda supaya sesuai untuk penghantaran.

Mereka juga mempunyai “Deep Frozen Shipping Solution” yang anda boleh hantar barang frozen yang suhunya di bawah -150°C selama 10 hari.

Tak memerlukan kotak dan dry ice.

 

 

top 10 cheap delivery service in Malaysia
July 15, 2021

Top 10 Cheap Delivery Services in Malaysia That You Might Not Know

Nowadays, there’s a lot of couriers and delivery services

courier delivers same day delivery in johor bahru
June 21, 2021

Which Courier Delivers Same Day In Johor Bahru?

When it comes to same-day delivery, it doesn’t mean

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *