cara naikkan bisnes dengan servis penghantaran dokumen parcel

Penghantaran dokumen atau parcel merupakan perkara basic yang memenuhi keperluan pengguna untuk menghantar barang dari satu tempat ke satu tempat.

Bukan itu sahaja, ia malah memberikan keluangan masa daripada hantar sendiri. Kita boleh lebih fokuskan dengan bisnes kita.

Dalam bisnes, sama ada e-commerce ataupun tidak, servis penghantaran barang juga merupakan nadi dalam sesuatu bisnes tersebut.

 

Cara Tingkatkan Bisnes Anda

naikkan bisnes dengan servis penghantaran dokumen

Ini adalah cara-cara yang anda boleh gunakan untuk naikkan bisnes anda:

  • Jual produk / servis menggunakan Facebook Live
  • Gunakan social media sebagai platform branding
  • Blastkan Whatsapp / Email kepada customer anda
  • Membina Facebook Group / Telegram Group sendiri

 

Berikut merupakan cara-cara yang anda boleh gunakan untuk naikkan bisnes anda dengan lebih rancak.

Sebelum kita masuk ke dalam cara servis penghantaran dokumen / parcel boleh menaikkan bisnes anda.

Anda perlu naikkan bisnes anda dengan method yang FREE dan menggunakan sistem alam maya dan teknologi terkini untuk lebih ramai lagi customer di luar sana yang boleh membeli produk anda.

 

1. Cara pertama adalah dengan menjual produk / servis dengan menggunakan Facebook Live

servis penghantaran dokumen facebook live

Kalau korang perasan, ramai netizen yang dah mula menjual barang masing-masing di platform social media. Terutamanya di Facebook Live.

Feature nya masih baru dan tak perlu bayar apa-apa pun ke Facebook buat masa ini. Boleh dikatakan juga sebagai zero kos marketing.

Yang anda perlu ada adalah handphone dan internet. Account Facebook pun harus ada, tapi kalau masih tak ada, boleh create account dulu. Free je.

Cara ini memang sangat popular sekarang, lagi-lagi masa pandemic yang netizen tak boleh keluar rumah. Dengan Facebook Live, anda boleh membuat sales dengan mudah dan mampu menjana sales dengan banyak.

 

Ini adalah checklist yang anda perlu ada untuk Facebook Live:

  • Internet yang laju
  • Assistant / pekerja / kawan yang boleh tolong anda jawab soalan dari para pelanggan di ruangan komen.
  • “Tripod” untuk letak di hadapan anda dan diletak dengan stabil

 

2. Menggunakan social media platform untuk naikkan branding

bina brand di instagram

Salah satu cara untuk naikkan branding adalah ke top 3 platform social media anda. Antara platform yang anda boleh gunakan adalah Facebook, Instagram dan YouTube.

Kalau anda mahu menggunakan Facebook, anda boleh membuat Facebook page dan upload produk dan servis anda di sana.

Instagram juga merupakan platform yang ramai netizen menggunakannya untuk membuka kedai mereka.

Anda boleh “showcase” kan produk anda dengan gambar yang cantik dan info-info yang anda boleh post sebagai medium berbentuk gambar atau video.

Selain itu, anda boleh gunakan “Instagram Story” untuk tarik lebih prospect ke dalam social media anda.

Pastikan gambar yang anda upload adalah consistent dan anda letak link untuk kedai online anda.

 

3. Blastkan ke Whatsapp dan Email kepada customer / prospek

email dan whatsapp servis penghantaran dokumen

Cara pemasaran online juga mempunyai aspek untuk mencari semula customer dan prospek kita untuk tambahkan lagi sales.

Cara ini dapat naikkan lagi sales dan bisnes  anda kerana anda bercakap dengan list customer anda yang sama ada sedia ada atau yang baru.

Penggunaan blasting ke Whatsapp dan email adalah cara terbaik dan murah tanpa memerlukan kos tambahan.

Cara senang untuk blast Whatsapp adalah dengan menggunakan app atau software Whatsapp Blaster Pro. Anda boleh dapatkannya di Shopee atau Lazada.

Kalau anda hendak menggunakan email pula, anda boleh daftar dengan email marketing platform seperti MailerLite, MailChimp dan GetResponse.

Dengan platform ini anda dapat menghantar mesej dan promotion kepada customer anda dan kemungkinan boleh meraih lebih banyak sales.

 

4. Membina Facebook Group dan Telegram Group Sendiri

bina di facebook group

Dengan adanya komuniti sendiri, anda boleh je promote atau memberikan info yang berbaloi untuk para customer dan prospek.

Cara ini dapat memberikan anda lebih banyak sales kerana orang yang berada di dalam group Facebook anda akan lebih trust anda daripada yang di luar sana.

Apabila Facebook Group tersebut semakin popular, sales anda akan naik juga sama dengan brand jenama anda.

Antara sebab kenapa anda perlu ada “group” sendiri:

  • Dapat educate customer-customer anda
  • Info tentang kelebihan dan kekurangan produk
  • Tahu apa yang customer atau prospek mahu
  • Komuniti yang dibina suka dengan barang / produk kita
  • Senang untuk cerita dan beri content kepada komuniti

Cara terbaik untuk promote produk anda adalah dengan cara softsell yang memberikan maklumat yang baik dan berbaloi untuk para customer. Apabila mereka suka dengan kita, semestinya mereka akan membeli dengan kita.

Jadi, inilah cara untuk menaikkan sales anda dengan cepat.

 

Cara Untuk Naikkan Sales Dengan Servis Penghantaran

Dengan adanya servis penghantaran tersendiri, anda tak perlu lagi risau dalam proses penghantaran dan kerja-kerja delivery semua boleh diagihkan kepada syarikat kurier.

Servis penghantaran barang seperti syarikat-syarikat kurier di luar sana, dapat memenuhi keperluan kita sebagai owner bisnes dalam proses transport produk dan proses yang terakhir dalam sesuatu transaksi.

Anda boleh buat deal jika bisnes anda mempunyai banyak order dalam sebulan, syarikat kurier akan memberikan anda harga untuk setiap penghantaran lebih murah daripada harga biasa.

Kebiasaannya harga setiap penghantaran dalam RM5 ke RM6 dan jika anda membuat penjanjian antara company anda dan syarikat kurier. anda boleh dapat dalam RM4 – RM5 atau lebih rendah untuk setiap penghantaran.

Sama ada satu penghantaran akan menjadi lebih murah ataupun quota untuk anda akan menjadi lebih daripada biasa.

 

Jadi ini lah cara cara untuk tingkatkan sales bisnes anda dengan servis penghantaran barang / dokumen. Kalau anda dapat manfaat dari article ini sila share kepada rakan bisnes anda.

April 15, 2022

Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport

Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung

transporter in malaysia
April 5, 2022

Top 10 List of Transporter in Malaysia 2022

There’s a lot of transporter in Malaysia but if

Post a Comment

Your email address will not be published.

×