cara pos barang dalam negeri yang sama

Biasanya customer akan memilih kurier atau pusat penghantaran barang untuk menjadikannya sebagai medium penghantar dari satu destinasi ke satu destinasi.

Kalau anda selalu menggunakan kurier seperti Pos Laju atau J&T, mesti anda pernah hantar barang anda ke negeri lain.

Tapi pernah ke anda hantar barang dalam negeri atau kawasan yang sama?

Macam mana pula caranya?

 

Kebiasaannya pos atau kurier akan “sorting” barang anda terlebih dahulu, ini bergantung kepada barang yang anda hantar itu berada dalam negeri yang sama atau tidak.

Kurier akan sorting barang dengan menghantarnya ke pusat sorting. Contohnya, anda menghantar barang dari Johor Bahru ke Batu Pahat, barang anda akan “sorting” dahulu di Selangor.

Ini disebabkan pusat “sorting” hanya ada di Selangor untuk memudahkan proses penghantaran supaya mengurangkan kekeliruan.

Cara ini juga akan memakan masa untuk penghantaran sambil mengelak kesilapan dan permudahkan kerja pengeposan.

 

Jadi Macam Mana Penghantaran Dalam Negeri Yang Sama Berlaku?

Setiap parcel akan mengikut sorting masing-masing mengikut kawasan. Jika kawasan tersebut adalah di Johor Bahru, sorting akan dibuat di dalam kawasan Johor Bahru.

Barang yang dihantar dalam kawasan yang sama mempunyai kemungkinan untuk menerima dalam hari yang sama.

Kalau macam tu, boleh ke kita set barang kita akan hantar ke sorting mengikut kawasan?

Jawapannya, tidak.

Tak semestinya kita dapat sorting dalam kawasan, ini juga bergantung kepada kurier atau pusat penghantaran barang yang anda pilih.

Setiap syarikat mempunyai sorting masing-masing mengikut kapasiti barang yang perlu di hantar ke suatu kawasan.

 

Syarikat Pos Yang Mana Boleh Hantar Dalam Negeri Yang Sama

Bagi saya, pos atau pusat penghantaran barang yang sudah lama dalam industri ini seperti Pos Laju mampun menghantar dengan cepat untuk negeri yang sama.

Kenapa saya katakan Pos Laju? Kerana mereka mempunyai banyak checkpoint yang boleh dijadikan sebagai “sorting area” untuk mereka agihkan barang mengikut kawasan.

Ada juga pos yang membuat “sorting” mereka di satu negeri sahaja.

Walaubagaimanapun, tempoh pengeposan cara ini boleh makan dalam 2 – 3 hari sahaja.

 

mean girls because its the same in every country GIF

Pos Dalam Negeri Yang Sama

Syarikat Motorex juga memberikan pos penghantaran barang dalam negeri yang sama yang bakal dilancarkan pada Oktober 2021.

Kawasan yang Motorex boleh pos barang adalah dari Johor Bahru ke seluruh Johor sahaja.

Walau begitu, penghantaran barang akan berlaku dalam negeri yang sama dan barang yang dihantar akan “sorting” dalam negeri yang sama.

Parcel customer boleh diterima dalam 1 – 2 hari bergantung kepada lokasi yang dihantar.

Mengikut cara aturan fleet mereka, Motorex mempunyai schedule atau jadual tersendiri untuk memastikan barang yang dihantar sampai ke destinasi.

 

5 Tips Cara Pilih Kurier Untuk Hantar Negeri Yang Sama

Dengan masa sekarang ini, ramai pengguna akan menghantar barang mereka menggunakan khidmat pos.

Sudah mudah dengan beberapa klik sahaja, pihak pos akan mengambil barang anda dari rumah anda.

Tapi tak semua kurier yang boleh hantar dalam negeri / daerah yang sama.

 

 

cara pos barang dalam negeri sama

1. Kurier Yang Menggunakan App

Ini boleh dikaitkan dengan penghantaran “on-demand” yang memainkan peranan untuk penghantaran pada hari yang sama atau pada jam yang tertentu dan tak sampai satu hari pun.

Contoh seperti; Grab, Lalamove dan Zepto Express. App seperti ini mempunyai fungsi yang sama dan kesemuanya “on-demand”.

Boleh menghabiskan satu tugas dalam beberapa jam sahaja.

Tapi ia limited kepada satu tempat sahaja atau dalam satu daerah sahaja.

 

 

pos barang negeri sama

 

2. Kurier Yang Menggunakan Website

Kebanyakkan syarikat kurier yang menggunakan website dan menjadikan website mereka senang untuk melakukan satu order dari A ke Z.

Kebiasaannya, website yang diberikan adalah user friendly dan senang untuk buat order.

Kawasan yang dicover adalah lebih besar dari satu daerah sahaja.

Contohnya seperti; Easy Parcel, Motorex, Pgeon dan Delyva.

Anda boleh membuat order hanya dari website mereka, pembayaran semua boleh dibuat secara online dan kurier akan terus ambil barang anda dari rumah anda.

Kebanyakkannya, mereka menggunakan strategi “sorting” di satu tempat utama, supaya lebih senang untuk penghantaran dalam negeri yang sama.

 

 

motorex pos barang negeri sama

3. Servis Kurier Yang Luas

Untuk memastikan barang yang anda hantar walaupun dalam negeri yang sama. Anda juga boleh mendapatkan kurier yang mempunyai coverage yang luas

dalam Malaysia.

Apabila pusat penghantaran ini mempunyai coverage yang besar, anda boleh percaya yang barang anda boleh sampai dengan selamat dan cepat.

Walaubagaimanapun, tak semestinya coverage yang kecil memberi impak yang berbeza, kita masih boleh bandingkan dengan “realibility” dalam satu syarikat bahawa adakah mereka dapat memenuhi kehendak kami?

Terdapat banyak syarikat kurier yang anda boleh pilih.

 

pos pusat penghantaran barang

4. Mempunyai Fleet Yang Berbeza

Sesetengah pusat penghantaran barang memberikan fleet yang berbeza dalam proses penghantaran mereka.

Dari segi ini juga kita boleh tau sama ada, mereka ada ke kapasiti untuk memenuhi barang yang berbeza dan skop yang dari besar ke kecil.

Contohnya, fleet yang ada motorsikal, van, dan lorry. Merupakan fleet yang cukup bagi memenuhi semua aspek untuk cover satu kawasan.

Syarikat kurier yang besar mempunyai kapasiti yang menyeluruh membolehkannya meluaskan skop untuk customer-customer mereka.

 

pos barang rating baik

5. Kurier Yang Mempunyai Rekod Penghantaran Cepat

Perkara ini sering berlaku dalam mana-mana pusat penghantaran yang membabitkan kelajuan sesuatu servis.

Semakin cepat servis, semakin baik reputasi kepada semua pelanggan. Ini juga meningkatkan kredibiliti untuk syarikat.

Dengan mengetahui kelajuan satu kurier, ia membolehkan kami sebagai pelanggan untuk pilih kurier yang boleh menyelesaikan masalah kami.

Ada juga kurier yang mempunyai rekod penghantaran yang lambat, ini juga memainkan peranan dengan cara penghantaran mereka.

 

Konklusinya

Anda boleh pilih mana-mana syarikat kurier yang sesuai dengan masa anda. Pusat penghantaran barang ini tak selalunya laju atau lambat.

Ikut juga pada nasib, kerana banyak syarikat kurier dalam Malaysia ini mempunyai coverage yang besar dan mempunyai kapasiti untuk menghantar barang dengan pantas.

Jadi, anda tak perlu risau jika kurier itu boleh pos dalam negeri yang sama atau tidak.

Jika coverage satu syarikat itu kecil, dan hanya boleh cover dalam negeri yang sama sahaja, itu juga bermaksud, ia hanya bagus digunakan untuk satu kawasan sahaja.
Dan mungkin lebih baik daripada kurier yang menghantar ke seluruh Malaysia.

April 15, 2022

Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport

Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung

transport supply
April 7, 2022

What is a Transport Supply?

Transport supply is the capacity of the transportation infrastructures

Post a Comment

Your email address will not be published.

×