- March 19, 2021
- Courier Delivery, Micro Logistics, Packaging, Same Day Delivery
Pelbagai cara untuk pos barang dari rumah anda. Lagi-lagi kalau sekarang dah boleh buat secara online.
Ye betul..
Sekarang anda dah tak perlu pegi ke syarikat pos / kurier untuk pos barang anda, sebab hampir semua syarikat kurier kini menggunakan sistem online dalam proses penghantaran mereka.
Bergantung kepada syarikat yang mana untuk jalankan proses penghantaran barang anda, mereka mempunyai website sendiri atau apikasi yang tertentu untuk melakukan “order”.
Berikut adalah syarikat yang boleh hantar barang dari rumah anda:
- Pos Laju (SendParcel)
- Motorex (Website)
- EasyParcel (Pelbagai Syarikat Kurier)
- J&T Express (Aplikasi)
Cara-cara untuk pos dari rumah guna PosLaju melalui SendParcel
Untuk menggunakan servis PosLaju, anda boleh menggunakan sistem mereka yang dinamakan “SendParcel” iaitu sistem utama mereka.
Untuk pergi ke sistem tersebut anda haruslah layari website “SendParcel”
1. Sila Login / Sign Up di website PosLaju : https://pos.com.my/ terlebih dahulu
2. Daftar akaun anda dalam PosLaju / Pos Malaysia (Sama)
3. Login ke dalam akaun Poslaju (SendParcel) : https://login.pos.com.my/
4. Pilih “SendParcel” dan login semula dalam laman “SendParcel: https://sendparcel.poslaju.com.my/
5. Pilih “Create Single Shipment” untuk send satu barang. Anda boleh pilih “Create Bulk Shipment” jika anda mahu hantar barang lebih dari satu. Tekan “Pickup or Drop Off”. (Anda perlu upgrade pakej untuk dapatkan akses ke “Pickup” feature.
6. Top up atau upgrade pakej anda untuk dapatkan “Pickup” send method.
Anda perlu reload credit supaya boleh membuat order baru. Selepas topup “Pickup” akan menjadi FREE.
Semasa anda memilih send method “Pickup” atau “Drop Off” anda harus timbang barang anda terlebih dahulu sebelum mengisi details tersebut.
Pickup: Poslaju akan mengambil barang anda dari rumah / dari lokasi pickup tanpa memerlukan anda pergi ke PosLaju.
Drop off: Anda haruslah membawa barang anda ke pusat penghantaran PosLaju tanpa perlu beratur.
7. Klik butang “Add to cart” untuk proceed order shipment.
8. Proceed ke bahagian “Checkout” untuk membayar kos penghantaran.
Sebelum anda selesai membuat pembayaran di bahagian “Checkout”, anda boleh semak semula order anda.
Di situ, anda akan boleh check berapa harga total untuk shipment anda.
Cara-cara untuk pos dari rumah guna Motorex melalui website. (Johor Bahru Sahaja)
Untuk menggunakan servis Motorex, anda harus tahu yang Motorex hanya beroperasi di dalam kawasan Johor Bahru sahaja.
Walaubagaimanapun, Motorex memberikan servis “Same Day Delivery” yang memberikan kelebihan untuk penerima mendapatkan barang pada hari yang sama.
1. Sila Login / Sign Up di website Motorex: https://motorex.com.my/en/
2. Sign Up dan Anda boleh dapatkan FREE RM10 credit disini: https://motorex.com.my/en/signup?free_trial=1
3. Selepas anda login, anda perlu isikan details anda terlebih dahulu supaya senang untuk proses order penghantaran.
Anda perlu tekan butang “Order” untuk membuat shipment baru.
4. Pilih “Motor” untuk order yang bawah 3kg, seperti parcel, dokumen dan barang kecil. Sesuai untuk “Pick Up” dari rider motor.
5. Pilih “Courier” atau “Office Boy” antara servis yang anda perlu.
Courier adalah servis penghantaran macam biasa seperti dokumen, parcel, stock dan lain-lain.
Office Boy adalah servis yang mempunyai dua hala, yang memerlukan servis untuk beratur, desposit cek dan sebagainya.
6. Pilih urgency anda, Anda boleh berapa urgent parcel anda. Jika anda tak berapa urgent, boleh pilih “Fast”. Jika urgent, anda boleh pilih “Lagi Fast” untuk penghantaran dalam 90 mins selepas pick up.
7. Anda perlu setkan role anda sebagai apa, jika anda penghantar boleh pilih “Sender”, jika anda penerima, anda boleh pilih “Receiver”. Jika anda membuat order untuk orang lain, anda boleh pilih “Third Party”
8. Selepas itu, anda boleh tekan “Checkout” untuk proceed order. Jika anda belum top up, anda perlu top up dahulu untuk order servis.
Anda juga boleh lihat video tutorial untuk ketahui steps-steps dengan lebih teliti.
Introduction – Motorex
Cara Order – Motorex
Cara-cara untuk pos dari rumah guna EasyParcel melalui website.
EasyParcel merupakan platform untuk pelbagai servis penghantaran / kurier untuk kemudahan para pengguna.
Dengan EasyParcel, anda juga boleh membuat perbandingan, jadi semua proses penghantaran ada di tangan anda.
1. Layari website EasyParcel dan Sign Up: https://easyparcel.com/my/en/signup/
2. Pilih “Send Parcel” dan pilih single parcel untuk send satu barang atau bulk parcel untuk hantar banyak kuantiti.
3. Anda boleh pilih syarikat kurier pilihan anda, terdapat pelbagai pilihan untuk anda proseskan order anda.
4. Kemudian, tekan “book” untuk mula order dengan kurier pilihan anda. Contoh: Poslaju
5. Isikan details anda dengan betul untuk tempat pickup dan tempat sender.
Anda boleh memilih untuk menghantar barang anda ke rumah penerima atau ke Pgeon point.
6. Selepas anda memilih tarikh pick up, and boleh pilih untuk “Tracking SMS” atau “QuickReturn”
7. Selepas itu, anda boleh click “Check Out” untuk completekan order. Jika credit anda sedikit, anda boleh terus top up ke dalam sistem.
Selepas anda selesai checkout order anda. Anda boleh check semula order status penghantaran barangan anda.
Tekan “Parcel Status” untuk semak order.
Selesai order anda di EasyParcel!
Cara-cara untuk pos dari rumah guna J&T Express melalui aplikasi mobile.
Untuk J&T Express, kini untuk para netizen dah boleh guna aplikasi mobile untuk membuat order dan tak perlu lagi guna website untuk order.
1. Download J&T Express Malaysia di Play Store atau App Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jtexpress.MyClient&hl=en
2. Dengan menggunakan J&T Express, anda boleh sign up atau login jika dah daftar. Aplikasi ini anda boleh menggunakan banyak feature seperti tracking, order dan sebagainya.
3. Tekan “Single Order” untuk membuat penghantaran. Isikan details sender (penghantar) anda dengan betul.
4. Isikan details recipient (penerima) anda dengan betul. Semak dengan betul untuk elakkan kesilapan.
5. Pilih samada anda mahu “Drop Off” atau “Pick Up” barang anda selepas selesai isi details tadi.
Untuk payment method, anda boleh pilih antara 2 option, “Paid By Me” atau “Paid By Receiver”.
Anda boleh bayar barangan anda dahulu dengan “Paid By Me” atau anda boleh guna option “Paid By Receiver” untuk pelanggan atau penerima untuk membayar kos shipping kepada J&T semasa menerima barang.
6. Semak semula order anda, tekan butang “Status” dan tekan “Sent”. Anda dapat tengok order anda tadi.
Itu sahaja untuk tutorial dalam cara untuk order / pos barang dari rumah.
Sekarang semakin senang untuk pos barang hanya pada hujung jari jer. Tak perlu lagi untuk keluar dari rumah dan pos di kaunter syarikat kurier.
Oleh sebab, aplikasi dan website semakin maju, sistem syarikat kurier semakin baik membolehkan para netizen untuk membuat pesanan pos dengan senang.
Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport
Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung
Cara Anda Boleh Menggunakan Transporter KL ke Johor Bahru Untuk Hantar Barang
Kebanyakkan company yang memerlukan medan transport untuk menghantar barang