pos barang guna kotak sendiri

Pos barang ke mana-mana lokasi anda boleh gunakan beg plastik atau parcel yang diberikan dari pihak syarikat kurier.

 

Boleh ke Pos Barang Guna Kotak Sendiri?

 

pos barang guna kotak sendiri

 

Ya. Anda boleh pos barang guna kotak sendiri. Kotak yang anda sediakan haruslah ditutup rapat dan wrap dengan betul.

Kenapa ramai netizen yang masih ragu-ragu dengan penggunaan packaging sendiri? Kerana pihak syarikat pos / kurier menggunakan wrap parcel sendiri juga.

Sebelum ini, pihak syarikat pos tak memberikan kita untuk pos guna wrap sendiri.

 

Untuk tahun 2021, kami boleh menggunakan kotak sendiri untuk pos ke mana-mana lokasi. Janji kotak yang kita sediakan itu dipakejkan dengan betul, tak koyak dan sebagainya.

 

 

Kotak jenis apa yang kita boleh guna?

Ada pelbagai jenis kotak yang anda boleh gunakan tapi ada cara yang kita boleh ubah dalam penggunaan kotak kita.

 

Ada 3 Jenis Kotak Yang Ada Boleh Gunakan:

 

1. Folding Cartons

2. Rigid Boxes

3. Corrugated Boxes

 

 

Folding Cartons

folding carton pos barang kotak

 

“Folding Cartons” boleh juga dinamakan sebagai kotak kertas yang boleh dilipat dan mempunyai bahagian yang dicat atau ada warna pada luaran kotak.

 

Kotak jenis ini terdapat banyak pada kedai-kedai retail yang menggunakan kotak bungkusan ini untuk diberikan kepada customer.

Anda boleh anggap kotak ini seperti kotak cereal yang boleh membungkus pelbagai jenis barang dan makanan juga.

Yang paling kerap anda boleh nampak dalah kotak kek yang dalamannya kasar dan luaran yang licin.

Kotak ini tak berapa kalis air tapi sesuai untuk dijadikan sebagai bungkusan.

 

Rigid Boxes

pos barang berat dengan kotak sendiri

Kotak-kotak jenis ini mempunyai ketahanan yang lebih baik daripada kotak carton diatas.

Ketebalan kotaknya mampu membungkus barang yang berat oleh sebab ketebalannya, ia lebih keras daripada kotak biasa.

 

Biasanya digunakan untuk barang yang mahal, seperti kasut yang nilainya dari RM300 ke atas, kotaknya adalah lebih keras.

Kotak seperti kotak iPhone boleh juga dikatakan “Rigid box” kerana barang dalamnya bernilai tinggi dan boleh memberikan bungkusan dan perlindungan kepada produk di dialamnya.

 

Corrugated Boxes

corrugated pos barang dengan kotak

 

Corrugated Box boleh juga dinamakan sebagai kotak coklat yang biasa digunakan untuk pindah barang, hantar barang bulk dan simpan pelbagai barang dalam satu kotak.

Kotak-kotak jenis ini mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan mereka bergantung kepada syarikat yang membuatnya.

Kalau anda nak bandingkan kotak yang dibungkuskan untuk peti sejuk dan kotak untuk bungkus microwave, kotak coklatnya sama tetapi ketebalan mereka berbeza untuk menampung saiz dan berat produk.

 

Kotak ini mempunyai 3 lapisan. Lapisan tengah yang mengandungi lapisan fiberboard yang beralun yang dicantumkan ditengah dengan 2 lapisan luaran.

Kekuatan dan ketebalan satu kotak bergantung kepada ketebalan fiberboard yang beralun diantaran 2 lapisan luaran tersebut.

 

Tips Untuk Pos Barang Guna Kotak Sendiri

 

Packing Kotak Sendiri Dengan Baik

pos barang kotak sendiri

Pastikan barang yang anda mahu pos dipack dengan baik walaupun anda menggunakan kotak sendiri.

Tak kira kalau kotak itu berwarna-warni dan sebagainya. Asalkan, kotak itu tak ada ruangan koyak dan ditutup rapat.

Anda harus pastikan kotak anda di bahagian penutup dan bawahnya tak mudah koyak. Jika anda was-was, boleh lah tampal selotape untuk kuatkan lagi penutup kotak itu.

 

Jangan pack kotak yang dah koyak. Akan jadi susah untuk para pelanggan dan pihak syarikat kurier untuk menghantar. Kemungkinan anda perlu membuat kerja 2 kali jikalau pihak kurier tak dapat menerima pakej seperti itu.

 

Gunakan “Bubblewrap” untuk barang dalam kotak

pos barang kotak sendiri bubblewrap

Kalau boleh anda boleh gunakan “bubblewrap” untuk barangan anda ingin hantar. Jikalau kotak anda terkoyak atau kemek, sebaiknya barang yang anda ingin hantar, tak terjejas.

Bubblewrap tak berapa mahal dan senang untuk gulung sekeliling barang anda.

Selain itu, bubblewrap ni juga boleh memberikan impression yang baik kepada para penerima. Kalau anda menghantar barang anda ke customer, sudah tentunya customer anda akan rasa puas hati.

Walaupun anda ada bubblewrap, pastikan kotak yang anda guna sendiri adalah dalam keadaan baik.

Kita tak boleh nak expect kotak kita akan selamat, janji kita dah boleh buat yang terbaik.

 

Timbang berat barang anda tersebut

portable scale

Ramai netizen yang suka mengelak part ini, kadang kala suka agak-agak berat berapa. Memang senang kalau nak katakan barang yang dalam kotak tersebut tu berat ke tak, tapi boleh lepas ke kalau dah hantar ke syarikat pos?

 

Kalau order pos yang salah, ada cas tambahan. Atau order anda kena cancel, buat semula order baru, baru boleh pos semula. Kan dah susah tu.

 

timbang barang berat kotak sendiri

Better beli timbang sendiri, kalau korang kerap pos barang, guna kotak sendiri, boleh la korang guna timbang sendiri juga.

Tak susah pun kalau korang beli yang portable punya. Ini kalau barang anda tak seberat lebih 5 kg. Kalau yang statik pun boleh, timbang di rumah. Timbang sekali dengan kotak ya.

 

Syarikat Pos / Kurier Mana Yang Nak Pilih?

Ada pelbagai pilihan untuk syarikat kurier yang anda boleh meneruskan penghantaran barang anda.

Tak kira mana-mana syarikat kurier, prosedur untuk menghantar barang menggunakan kotak sendiri adalah sama.

Walau macam mana pun rupa bentuk kotak anda, mereka akan menerimanya selagi kotak tersebut pack dengan baiknya dan tiada kemek atau lubang yang membolehkan barangan anda terkeluar dari kotak.

 

Antara syarikat pos yang anda boleh pilih:

  1. J&T Express
  2. Motorex
  3. PosLaju
  4. City Link
  5. DHL Express

 

J&T Express

j&t express pos barang

 

J&T Express boleh menerima pelbagai jenis kotak pakej barangan anda. Selain itu, anda boleh request untuk pickup barang anda dari rumah untuk dihantarkan kepada penerima.

J&T Express sekarang boleh siapkan penghantaran dalam masa 2 – 3 hari. Paling laju dalam 1 – 2 hari je. Team mereka semakin mengembang dan semakin laju dari segi penghantaran.

 

Motorex

motorex pos barang kotak sendiri

 

Motorex juga boleh menerima parcel yang dibungkus dengan kotak sendiri. Mereka juga boleh pickup barang dari rumah anda atau mana-mana lokasi yang dibuat oleh penghantar.

Yang penting anda timbang dulu barang anda, kalau barang anda lebih dari 3kg, anda perlu order menggunakan lori. Sebab barang yang kurang daripada 3kg, hanya boleh dipickup menggunakan motor.

 

Poslaju

poslaju pos barang kotak sendiri

 

Poslaju memang dah lama dalam bidang postage penghantaran barang. Oleh sebab Poslaju company yang besar, proses untuk barang anda agak strict. Make sure masa anda pos barang anda, anda harus timbang barang anda terlebih dahulu.

Poslaju juga boleh pickup barangan anda dari rumah anda, tapi anda perlu ingat, pastikan barang anda dah siap untuk dihantar, baru boleh dipick up. Kalau tak, mereka perlu jalan dulu dan kemungkinan tak kembali untuk turn anda.

 

City Link

city link pos barang kotak

City Link juga syarikat yang sedang berkembang pesat seperti J&T Express. Sama juga, mereka mempunyai feature untuk pickup dari rumah atau dari lokasi penghantar.

Kebanyakkannya boleh menerima parcel yang besar kerana mereka mempunyai banyak lori & van untuk memenuhi keperluan itu.

 

DHL Express

dhl express pos barang kotak sendiri

Walaupun DHL merupakan company international, tak bermakna mereka tak boleh menandingi pesaing syarikat kurier di Malaysia.

Selain daripada penghantaran international, mereka juga boleh memenuhi permintaan penghantaran dalam Malaysia. Untuk penghantaran, anda boleh pergi ke kaunter DHL office atau mereka boleh pickup dari rumah anda atau lokasi sender.

April 15, 2022

Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport

Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung

transport supply
April 7, 2022

What is a Transport Supply?

Transport supply is the capacity of the transportation infrastructures

Post a Comment

Your email address will not be published.

×