Ada pelbagai cara untuk kita elakkan daripada coklat kita cepat cair. Tapi harini special sikit sebab ramai yang tanya macam mana nak buat coklat kita, supaya tak mudah nak cair semasa proses penghantaran.
Kadang kala, ia tak lah sesusah yang kita sangkakan. Perkara yang simple jangan kita putar belitkan.
Nanti, sendiri yang kena bersusah payah. Lagi-lagi, kalau coklat yang anda nak hantar itu, adalah ke “customer”.
Cara-cara nak bagi coklat untuk tak cair
Caranya sangat simple dan straightforward, samada anda mahu ikut cara ini adalah terpulang kepada anda. Kalau ada idea yang lagi bernas, silakan.
- Bekukan coklat anda
- Hantar coklat awal
- Delivery yang cepat
- Gunakan aluminium foil / kerajang
- Gunakan “icebox” atau “gel beku”
Ini adalah antara cara-cara untuk berikan keselamatan kepada coklat anda supaya tak mudah cair apabila penerima itu menerimanya.
Baik, saya akan terangkan satu per satu cara-cara ini dipraktikkan untuk memberikan lebihan masa untuk coklat kita daripada cair.
Cara-cara di atas merupakan salah satu cara yang kita boleh elakkan coklat kita daripada cair, tapi bukan bermasksud, ia tak akan cair langsung.
Ia bermaksud bahawa coklat-coklat tersebut akan mengambil masa yang lama untuk cair berbanding guna cara biasa.
Bekukan Coklat Anda
Jadi, apa yang anda boleh buat sebelum menghantar parcel anda kepada customer atau penerima, anda boleh bekukan coklat anda terlebih dahulu.
So, sebelum proses pembekuan tersebut, ia perlulah dicairkan terlebih dahulu dan kemudian baru saja boleh dibekukan.
Anda harus ingat bahawa, tekstur dan penampilan coklat boleh berubah apabila dibekukan. Ini disebabkan oleh pemisahan gula dan lemak.
Ada juga yang memang lambat cair seperti buatan kek dan brownies, apabila dibekukan, ia akan memakan masa untuk cair.
So, pertama sekali, untuk lakukan proses pembekuan ini, anda harus menyejukkannya dalam 24 jam peti sejuk dan menutupnya dalam keadaan bervakum supaya tiada udara berlebihan.
Hantar Coklat Anda Awal Sedikit
Jika anda dah tahu bahawa coklat anda senang untuk cair, anda boleh menghantarnya dengan lebih awal. Terpulang kalau anda nak buat by “batch” atau “bulk”. Ikut kemampuan anda, bagi saya, dengan penghantaran by batch lebih senang dan cepat.
Untuk mengelakkan menghabiskan masa untuk siapkan coklat yang lain dan lebih baik untuk agihkan masa tersebut untuk hantar coklat yang dah siap terlebih dahulu.
Semakin cepat coklat anda sampai ke destinasinya, semakin kurang kita simpan coklat yang sudah siap di tempat yang bersuhu tinggi / berhaba.
Anda boleh agihkan kerja penghantaran ke syarikat atau orang yang ditugaskan untuk penghantaran.
Anda boleh buat penghantaran sendiri jika perlu, jika order anda sudah tak menang tangan, maka anda perlulah cari pekerja atau orang untuk menggantikan posisi tersebut.
Pilihan Delivery Yang Cepat
Ok, untuk mengelakkan coklat anda untuk cair, adalah juga dengan menggunakan servis penghantaran yang cepat.
Dengan penghantaran yang cepat, anda boleh elakkan daripada parcel atau coklat anda cair dengan cepat.
Sebab masa penghantaran dari sender ke penerima amat singkat sekali. Jadi, anda tak perlu risau lagi tentang kecairan coklat anda.
Ini juga dapat tingkatkan pembelian daripada customer yang sama, oleh sebab penghantaran yang laju.
Servis penghantaran atau delivery boleh terdiri daripada dalam kawasan dan di luar kawasan. Terpulang kepada syarikat yang anda pilih.
Jika customer yang anda hendak hantar itu berada dalam kawasan anda, anda boleh pilih instant delivery dan same day delivery.
Instant delivery ini mempunyai kelebihan yang baik kerana penghantarannya seolah-olah ia instant, paling kurang tak lebih dari 1 jam masa penghantaran. Ada juga dalam 30 min seperti Grab Express.
Tapi satu downside adalah harganya akan jadi semakin mahal jika kawasan yang anda ingin hantar adalah lebih jauh dari kawasan anda.
Jikalau anda memilih “Same Day Delivery” anda boleh dapatkan dalam hari yang sama dan pada harga yang jauh lebih murah daripada “express/instant delivery”.
Hanya satu perbezaan adalah ia mempunyai schedule yang tertentu untuk mengekalkan harga yang murah tersebut.
Jadi, pilih lah servis penghantaran yang betul untuk penghantaran coklat anda.
Gunakan Aluminium Foil atau Kerajang
Dengan penggunakan aluminium foil, anda dapat mempertahankan coklat anda cari haba dan dari cahaya matahari.
Fungsinya adalah untuk pantul cahaya dan haba matahari ke luar daripada tempat yang disaluti coklat tersebut.
Caranya adalah dengan menggunakan kotak dengan aluminium foil dan dibaluti mengeliling coklat anda. Kemudian, anda boleh letakkan kertas gelembung ke bahagian dalam kotak.
Penggunaan kertas gelembung adalah supaya udara menjadi penebat dan pakej anda akan tetap sejuk.
Simpan dan Pakejkan Coklat Dengan “Icebox’ atau “Gel beku”.
Untuk mengekalkan bahagian yang sudah disejukkan supaya coklat anda dapat bertahan semasa proses penghantaran berlaku.
Penggunaan icebox dan gel beku, boleh diletakkan selepas anda memasang pelapis kertas gelembung.
Cara ini dapat merapatkan friction dengan coklat untuk mengekalkan kesejukkan dan kedinginan di dalam parcel anda.
Dengan adanya udara dingin, bukan sahaja dapat menyejukkan coklat malah memberi kekalan kepada bentuk coklat tersebut berpanjangan.
Tutup rapat kotak atau parcel anda supaya secure dengan ice gel tersebut. Pastikan anda juga meletakkan label seperti “simpan dalam peti sejuk” dan “mudah rosak”.
Apabila penerima melihatnya, akan terus masukkan ke dalam peti sejuk dan lebih berhati-hati dengan keadaan coklat anda.
Kesimpulanya
Gunakanlah pelbagai cara yang anda pilih, selagi coklat anda tak cair, selagi tu anda tak perlu risau tentang coklat anda.
Biar kita ambil langkah berjaga-jaga. Penerima mesti nak makan dengan selera, tak ada yang boleh kalahkan kelazatan coklat kita.
So, saya sarankan kepada yang mencari cara untuk pos coklat tak cair boleh gunakan 5 cara yang saya tunjukkan di atas.
Harap guide ini dapat manfaatkan semua orang.
Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport
Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung
Cara Anda Boleh Menggunakan Transporter KL ke Johor Bahru Untuk Hantar Barang
Kebanyakkan company yang memerlukan medan transport untuk menghantar barang