- January 11, 2021
- Courier Delivery, Logistics, Packaging, Transport
Pos barang besar dan berat bukan satu benda yang mudah.
Memang barangkali setengah orang akan cakap, “Senang je, panggil orang lori angkat barang, Settle!”
Tapi bukan semudah itu. Barangan yang berat biasanya ditugaskan untuk diambil memang dari muatan kereta yang berat.
Seboleh-bolehnya lori, kalau bukan lori pun van. Tapi jarang kalau nak ambil barang-barang berat guna van.
Dengan ini, saya akan tunjukkan beberapa cara nak pos barang besar dan berat melalui syarikat pos atau kurier.
Sebelum kita nak pos barang yang berat, kita kena tahu apa yang dikategorikan sebagai “Berat”?
Kadang-kadang kita anggap barangan yang berat ini kalau kita sendiri rasa yang barang itu “berat”.
Tetapi bukan sebenarnya. Kita mestilah menggunakan sistem dan standardize kan cara kita kira.
So, apa-apa parcel yang beratnya melebihi lebih 20kg boleh dikatakan sebagai “barang berat”.
Kalau bawah 20kg tu biasanya courier atau syarikat pos boleh handle.
Akan tetapi tak semestinya yang perlu order by “pallet”. Untuk pengeposan bawah 70kg biasanya tak guna cara ini.
Dan ini juga depends kepada tempat yang anda ingin hantar.
Selepas itu, apa yang dikategorikan sebagai “Barang Besar” pula?
Walaupun, tiada kategori yang kita boleh masukkan untuk “barang besar”, kita masih boleh mengukurnya.
Biasanya, barang yang besar dikira bagi setiap “pallet”. Apa-apa yang dikategorikan sebagai “pallet” boleh dikatakan barang besar.
Shipment yang besar kadang-kadang boleh dikenakan dalam extra charge kerana dimensi barangnya biasanya akan terlebih.
Contohnya, barang yang lebih dari 2.4 x 1.2 x 1.8m akan dikenakan cas tambahan.
Apa yang dikategorikan sebagai “Terlebih besar”?
Barangan yang terlebih besar adalah barangan yang lebih berat dari 500kg atau pun terlalu besar untuk dikategorikan sebagai “pallet”.
Biasanya barangan ini cara nak pos barang besar adalah dengan menggunakan forwarder dan guna kontena untuk shipment.
Pilih cara untuk “pakej” kan barang anda
Ada pelbagai cara untuk pakejkan atau nak bungkuskan barangan anda, sama ada guna kotak, bungkus guna “bubble wrap” dan guna “styrofoam”.
Cara-cara di atas adalah cara biasa yang digunakan oleh ke semua netizen yang menjalankan perniagaan untuk diagihkan ke syarikat pos.
Kebiasaan netizen yang dalam industri B2C yang mengeposkan barangan yang ringan sahaja. Dalam 20kg ke bawah adalah barangan yang paling popular.
Pentingnya untuk “pakej” kan barang kita dengan baik.
Gunakan kotak
Kotak boleh ada pelbagai jenis saiz dan bergantung kepada barang yang ingin dihantar.
Kalau anda pergi ke Pos Laju, kotak yang paling kecil yang anda boleh dapat adalah
“Kotak S” = 2kg
“Kotak M” = 5 kg
“Kotak L” = 10kg
Ini adalah size kotak yang merujuk kepada size kotak dari Pos Laju.
Anda juga boleh gunakan kotak sendiri, tetapi pastikan anda sudah timbang size kotak anda bersama dengan barangnya.
Jika lebih daripada saiz yang anda pilih, anda akan dicaskan harga itu.
Contohnya, jika anda menggunakan “Kotak M”, tetapi barangan anda lebih dari 7kg. Anda akan dicas mengikut “Kotak L”
Pastikan anda pilih “Kotak” yang betul untuk pakejkan barang anda.
Gunakan “Bubble Wrap”
Bubble wrap boleh meningkatkan trust untuk customer anda jika anda dalam perniagaan di bahagian “E-Commerce”.
Yang memerlukan “after sales service” untuk pelanggan anda dan juga mengekalkan pelanggan yang sedia ada.
Bubble wrap juga boleh memberikan pertahanan dan protection untuk barangan customer atau barangan sendiri yang anda ingin hantar.
Dengan adanya “bubble wrap” pakej anda akan lebih selamat.
Lagi-lagi apabila anda gabungkan dengan “bubble wrap” bersama “kotak”.
Walau bagaimanapun, kita tak boleh meletakkan setinggi-tinggi kepercayaan kepada syarikat pengeposan.
Mengapa saya kata begitu?
Syarikat pos menerima lebih 1000+ setiap hari, walaupun mereka mempunyai tenaga pekerja yang ramai.
Tak semestinya mereka dapat “handle” pakej sebanyak itu. Jadi, anda boleh pastikan barangan anda selamat, dengan menggunakan “bubble wrap” tu.
Anda boleh anggap barangan anda akan “dibaling” dan “dicampak” dari satu destinasi ke satu destinasi.
Oleh sebab itu, syarikat pos dapat meningkatkan kepantasan cara pengeposan mereka.
Kita tak perlu risau kerana kita dah guna “bubble wrap” dan juga “kotak” sebagai protection untuk barangan kita.
Jadi ini dapat mengelakkan daripada barangan kita kena “return” balik ke sender.
Gunakan “Styrofoam”
“Styrofoam” boleh digunakan jika barangan yang kita nak hantar itu bukan setakat berat. Tetapi barangan itu mudah pecah.
Barangan yang mudah pecah ini kebiasaannya haruslah menggunakan “styrofoam” untuk kurangkan impak jika jatuh dan sebagainya.
Setengah orang nak elak penggunaan styrofoam kerana kos untuk membuatnya agak mahal.
Kalau nak ikut rupa bentuk barangan yang di hantar akan lagi tambah kos.
Tapi jangan risau, ada 2 jenis styrofoam yang anda boleh gunakan.
Styrofoam jenis kotak:
- Barang susah nak bergerak
- Stabil
- Lebih selamat
- Mahal
Styrofoam jenis bebola:
- Barang senang bergerak
- Tak berapa stabil
- Perlu kuantiti yang banyak untuk efektif
- Mampun milik
Untuk barangan yang berat, biasanya ada “unit measuring” bagi setiap barang
Kotak yang berat
Syarikat pos dapat menerima kotak-kotak yang beratnya tak melebihi 70kg tanpa pallet.
Pentingnya, semua pihak harus tahu barangan ini adalah “pengeposan barang berat”.
Jika anda labelkan “Heavy” or “Barang Berat”, akan senang untuk sesiapa yang akan uruskan barang itu.
Pallets
Selain itu, anda boleh guna pallets. Pallets bukan saje boleh jaminkan pertahanan kepada barangan anda. Ia juga dapat mengelakkan cas-cas tambahan kerana ia sudah dikira sebagai harga “pallet”.
Walaupun cara syarikat pos akan cas dalam berat (kg) dan volume, jika dikira sebagai pallet, anda tak akan dicas lebih.
Tetapi jika ada barang yang perlu ambil lebihan ruangan, kemungkinan anda akan dikenakan cas tambahan.
Oversized (Saiz Lebihan)
Ok. Seksyen ini untuk barangan yang lebihan saiz. Biasanya barangan dalam kategori ini adalah melebihi 70kg.
100kg – 500kg adalah berat yang amat biasa digunakan oleh ramai netizen.
Cara untuk packing barangan yang lebihan saiz ni adalah berbeza dari cara kita pack barang berat yang biasa iaitu bawah 70kg.
Cara terbaik untuk anda kenalpasti cara untuk packkan adalah untuk contact customer service untuk ketahui lebih lanjut.
Proses terakhir untuk cara nak pos barang berat
Anda harus booking dahulu
Berbeza dari proses penghantaran biasa, jika anda nak book pallet atau lebihan saiz, biasanya anda perlu cakap dengan customer service.
Booking dulu slot anda, jika tidak, mana tahu nanti sangkut sana sini.
Susahkan sendiri pulak.
Jangan risau, ke semua proses itu, syarikat pengeposan yang akan handle.
Kesimpulannya,
Inilah cara cara nak pos barang berat yang tak kira berapa berat mahupun “terlebih saiz” dari 70kg.
Harap cara-cara yang disediakan di atas dapat manfaat semua para pengguna dalam proses pengeposan apa-apa barang.
Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport
Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung
What is a Transport Supply?
Transport supply is the capacity of the transportation infrastructures