- November 9, 2021
- Courier Delivery, Logistics, Transport
Setiap barang yang kita nak pos mempunyai had limit untuk berat masing-masing.
Berat yang paling biasa anda pernah jumpa adalah barang yang lebih 20kg yang juga boleh dikategorikan sebagai barang berat.
Untuk pos barang yang lebih 20kg, anda perlu tahu dahulu, servis pos mana yang anda mahu pilih.
Kadang-kala, mereka juga mempunyai had limit untuk berat barang yang berbeza.
Ada yang lebih 20kg, ada juga yang kurang daripada 20kg pun boleh diterima.
Pos Barang Lebih 20kg, Harga Berbeza?
Untuk barang beratnya lebih daripada 20kg, barang tersebut perlu ditimbang semula untuk mendapatkan kepastian dah ditimbang di tempat pos.
Barang yang lebih 20kg akan dicas dengan harga yang berbeza, biasanya dalam RM 15 – RM 30, bergantung kepada servis pengeposan.
Contohnya, jika anda menggunakan PosLaju:
Dimension = 55cm (L) x 40cm (W) x 24cm (H)
Weight = 30KG
Ini berat maximum untuk anda layak untuk pos, jika lebih daripada 30kg, PosLaju boleh reject pos anda.
Jika barang anda terlebih daripada 20kg, dan tak dapat untuk muatkan dalam satu pos.
Anda boleh bahagikan kepada beberapa pos yang kecil, pastikan bawah 30kg (jika guna poslaju), jadi, anda boleh pos tanpa sebarang masalah.
Senarai Harga Pos Lebih 20kg (kawasan sama)
Motorex : RM70 (<500kg)
Pgeon: RM 41 – RM 44
J&T Express :RM 63
SkyNet: RM63 – RM148
PosLaju -RM 48
Berikut merupakan harga-harga untuk barang yang lebih 20kg untuk pusat penghantaran barang dalam kawasan yang sama.
Untuk menghantar barang yang berat, anda perlu tahu, syarikat mana yang sesuai untuk anda.
Sama ada anda nak pos dalam kawasan yang sama ataupun mahukan kedua-duanya, kawasan sama dan luar kawasan.
List Syarikat Pos Barang Lebih 20kg
1. Motorex
Sudah tentunya kita mahukan pos barang yang lebih 20kg ke mana-mana kawasan supaya kita boleh hantar parcel kepada customer dengan senang.
Motorex memberikan harga rendah untuk kawasan sama dalam RM70 bergantung kepada kawasan.
Lebihan lagi, bukan sahaja lebih 20kg, anda boleh hantar barang hingga 500kg (max) pada harga yang sama.
Perbezaan offer sebegini adalah, Motorex hanya boleh memenuhi penghantaran dalam kawasan Johor Bahru dan di seluruh Johor.
Untuk seluruh Johor pula, harganya lebih berbeza daripada harga untuk dalam kawasan Johor Bahru.
2. Pgeon
Pgeon juga memberikan penghantaran barang yang lebih 20kg, dan ini juga merangkumi kawasan yang sama dengan harga RM41 – RM44.
Details sepenuhnya anda boleh cuba check di website mereka.
Untuk penghantaran di luar kawasan yang sama, buat masa ini kami set kepada Johor Bahru, mereka mempunyai list tempat yang ada boleh pilih seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, harganya adalah berbeza dengan Johor Bahru walaupun dalam kawasan yang sama.
Pgeon juga mempunyai features seperti banyak lokasi point untuk anda menghantar barang anda, ataupun setiap van / lorry mereka, boleh mengambil barangan anda secara “door-to-door” dalam kawasan berdekatan.
3. J&T Express
J&T Express pula merupakan syarikat kurier yang terbesar di Malaysia buat masa ini, mereka mempunyai harga yang berlainan jika barangan yang anda ingin hantar itu lebih daripada 20kg.
Mereka juga dapat menghantar barang ke seluruh negara dengan harga yang tetap.
Dalam RM63 untuk barangan lebih daripada 20kg ke mana-mana negeri dalam Malaysia.
J&T Express memberikan penghantaran yang laju oleh kerana mereka mempunyai fleet yang besar.
Kebiasaannya, penghantaran barang boleh mengambil masa dalam 2 – 3 hari.
Ini juga bergantung kepada cara mereka sorting dan ikut pada masa anda order untuk menghantar barang anda.
Sebab mereka juga merupakan partner kepada e-commerce yang besar seperti Shopee dan perlu tampung pelbagai order yang banyak.
4. Sky Net
Mungkin tak semua orang tahu yang Sky Net juga boleh memberikan penghantaran barang yang melebihi 20kg.
Biasanya, pengguna suka menggunakan Sky Net untuk hantar dokumen atau parcel secara courier yang hanya mengambil masa tak lebih daripada 1 – 2 hari.
Oleh sebab, mereka mempunyai fleet yang sederhana dalam industi penghantaran barang seperti syarikat lain.
Harga mereka berbeza dalam RM63 – RM148 untuk penghantaran barang yang melebihi 20kg.
Mereka juga merupakan syarikat international, dengan itu, harga mereka adalah berbeza berbanding syarikat kurier lain dalam Malaysia.
5. Pos Laju
Pos Laju sudah berada dalam industri penghantaran barang paling lama berbanding syarikat-syarikat di atas.
Anda boleh agak bahawa Pos Laju boleh menghantar barang untuk seluruh Malaysia.
Pos Laju mempunyai fleet yang besar dalam seluruh Malaysia, dan sama dengan J&T Express.
Harga Pos Laju untuk barang yang melebihi 20kg adalah dalam RM48.
Cuma Pos Laju akan lebih strict kalau nak ukur timbang berat barang, jika anda silap order atau pakeging tak berapa baik, mereka boleh menolak pos anda.
Bagaimanapun, saya rasa barang berat senang untuk dipakejkan. Dan biasanya akan disediakan awal terpulang kepada vendor atau kedai yang membungkusnya.
Cara Pos Barang Lebih 20kg
Untuk cara-cara untuk pos barang berat yang lebih 20kg, saya sudah sediakan satu artikel yang akan explain lebih detail.
Anda boleh lihat artikel itu di sini.
Pos barang berat memerlukan beberapa cara dan perlu juga tenaga kuasa jika anda menghantar barang yang banyak.
Barang seberat lebih 20kg biasanya tak perlu sampul yang diberikan daripada syarikat penghantaran barang.
Biasanya, jika barang tersebut dibungkus dengan baik. Pusat penghantaran barang akan menerima barang anda dengan lebih mudah.
Pastikan check dahulu barang anda sama ada dibungkus dengan betul. Kadang-kadang, anda terlepas pandang, mana tahu anda lubang sana sini.
Bukan sahaja akan jadi masalah kepada penerima, ia juga akan timbul syarikat penghantaran barang dari segi imej dan semasa penghantaran barang.
Konklusinya
Setiap syarikat penghantaran barang mempunyai had limit untuk berat sesuatu barang dengan harga yang tertentu.
Tak semestinya untuk setiap syarikat akan ada limit seperti 500 kg (max), lebih 10kg ataupun lebih 20kg untuk harga yang lebih kurang sama.
Setiap pusat penghantaran barang mempunyai harga yang berlainan dari segi model bisnes tersebut.
Harga dan kemudahan yang diberikan oleh syarikat-syarikat ini akan membuatkan pos barang lebih 20kg dengan lebih mudah.
Seperti “door-to-door” servis, lokasi point yang banyak, dan coverage yang luas.
Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport
Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung
What is a Transport Supply?
Transport supply is the capacity of the transportation infrastructures