perbandingan pos barang paling cepat

Dalam dunia e-commerce, perkhidmatan penghantaran barang merupakan asset untuk para peniaga runkan bisnes mereka.

Tanpa syarikat kurier, bisnes e-commerce tak dapat berjalan. Bukan itu sahaja, penghantaran ke seluruh Malaysia juga akan tersekat.

Jadi, penghantaran barang merupakan asset yang penting untuk memberikan penghantar untuk menghantar barang ke penerima.

Yang paling ketara dari segi penghantaran, sesiapa yang hantar barang tersebut dengan paling laju, sudah tentu ialah pemenangnya.

Netizen dah biasa dengan teknologi dan semua aspek dilakukan dengan secara pantas.

 

Perbandingan antara Pos Laju dan J&T Express

Ada pelbagai syarikat pos yang memberikan servis penghantaran barang ke seluruh Malaysia. Tapi ada satu je perbezaan antaran kedua-dua syarikat ini. Kelajuan.

 

Sudah tentunya mereka adalah syarikat yang besar di Malaysia dan digunakan banyak kali oleh netizen dalam pembelian online.

 

Poslaju

poslaju courier service near me

Poslaju merupakan anak syarikat Pos Malaysia dan syarikat kurier untuk negara Malaysia. Mereka sudah berada dalam industri penghantaran barang paling lama dalam Malaysia. Walaupun, dahulunya, kelajuan mereka tak lah laju mana.

Tapi, sekarang yang sudah adanya platform e-commerce yang menjinak di muka bumi Malaysia, ramai netizen yang kerap menggunakan online platform untuk membuat pembelian.

Poslaju juga digunakan sebagai pusat penghantaran utama untuk para peniaga yang sedia untuk menghantarkan barangan customer mereka.

Sejak menjelang 2020, Poslaju berkembang pesat demi memenuhi bilangan order yang banyak.

Penghantaran Poslaju dalam 2 – 3 hari. Atau 1 – 2 hari jika barang tersebut berdekatan dengan kawasan penghantaran. 

Akan tetapi harga mereka tinggi sedikit berbanding harga J&T Express. Dalam RM5.00 untuk satu parcel.

 

J&T Express

j&t kurier perkhidmatan penghantaran barang

J&T Express adalah company yang baru dan tak seperti Poslaju yang sudah berada dalam industri penghantaran barang di Malaysia. Walaupun mereka tak mempunyai experience dan lambat sikit dalam industri, mereka kini sudah berkembang pesat dalam servis penghantaran.

Team J&T Express semakin berkembang dalam seluruh negeri di Malaysia. Selain itu, kebanyakkan platform yang memberikan partnership ke J&T Express.

Seperti partnership dengan Shopee, yang membolehkan pengguna untuk menggunakan servis penghantaran mereka dengan lebih mudah.

Selain itu, penghantaran J&T Express setanding Poslaju dalam 1 – 3 hari. Dan paling cepat dalam masa 2 hari sahaja kalau ikut kawasan.

Harga untuk J&T Express juga dalam RM4.66 kalau diikutkan harga di Shopee. Depends di platform mana korang guna.

Memang murah lagi dari Poslaju.

 

Coverage Penghantaran

OK. Sini kita nak cover sikit area penghantaran dan operasi untuk J&T Express dan Poslaju. Ok, korang mesti dah tahu J&T dan Poslaju boleh cover seluruh Malaysia.

Walau macam mana pun, lokasi drop off point mereka, sistem sorting yang memberikan kesan tinggi dalam proses kelajuan penghantaran.

J&T beroperasi 7 hari seminggu.

Poslaju beroperasi 6 hari seminggu, 1 hari cuti.

Dengan ini juga, anda boleh bezakan kelajuan penghantaran mereka, J&T tiada off day, tetapi mempunyai shift2 tertentu untuk pekerja mereka.

 

Harga Servis

Kalau nak diikutkan dengan harga, harga antara kedua-dua servis kurier ini takde lah jauh beza.

J&T Express dalam RM4.66

Poslaju dalam RM5.07

Kalau bundarkan, dua2 Rm5.00. Walaupun, J&T Express murah, mereka adalah company yang baru, melainkan anda lebih pentingkan harga yang paling rendah.

Bagi saya, kedua-duanya lebih kurang sama, Poslaju boleh dikatakan brand mereka sudah dikenali dan servis mereka diketahui ramai.

Harga bagi kedua-dua syarikat ini memang competitive.

Jadi sama ada anda suka brand seperti Poslaju atau J&T Express.

Terpulang kepada kehendak anda.

 

Packaging

Untuk packaging, setiap syarikat kurier mempunyai packaging masing-masing. Kadang kala, netizen tak menggunakan packaging kurier, tetapi ia memudahkan kerja anda daripada bungkus sendiri.

Harga dan packaging bagi kedua-dua syarikat adalah berbeza.

Anda juga boleh bandingkan kualiti untuk kotak J&T dan kotak Poslaju.

Lihat imej dibawah:

perbanding jnt packaging

Ini merupakan harga bagi setiap packaging kotak dari J&T Express.

 

perbandingan poslaju packaging

Ini adalah harga bagi kotak packaging dari PosLaju.

 

Bagi saya, saya lebih prefer untuk menggunakan packaging sendiri. Lebih senang jika nak bungkus barang yang besar sekali pun.

 

Kelajuan Penghantaran

Setelah menggunakan kedua-dua servis penghantaran, saya boleh katakan, Poslaju memang laju pada bahagian penghantaran jika jarak kawasan penghantarannya tak jauh dari penghantar.

J&T Express pula laju dari segi penghantaran yang jarak jauh, jauh di sini berkaitkan dengan beberapa rentasan negeri dalam 200km ke 300km.

Kesimpulannya, saya memberikan J&T Express bagi mata keseluruhan kerana, penghantaran yang cepat, murah dan packaging dengan harga yang sesuai.

Poslaju masih laju dari segi penghantaran tetapi untuk packaging, harga mereka tak berapa memuaskan. Bagi kemudahan netizen, jika hendak membeli secara bulk agak mahal juga.

 

Jadi, servis penghantaran yang manakah menjadi pilihan anda?

April 15, 2022

Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport

Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung

transport supply
April 7, 2022

What is a Transport Supply?

Transport supply is the capacity of the transportation infrastructures

Post a Comment

Your email address will not be published.

×