servis penghantaran dokumen

Kebiasaannya, memang kita akan hantar dokumen melalui syarikat-syarikat kurier bagi penghantaran yang cepat.

Kalau tak berapa urgent, kadang-kadang netizen akan gunakan servis penghantaran biasa sahaja.

Untuk anggaran bagi masa untuk penghantaran dokumen adalah dalam 3 – 5 hari. Ini adalah purata bagi kesemua kurier company.

Tak semua boleh dihantar dalam masa 1 – 2 hari.

 

kurier servis dokumen

 

Berapa lama syarikat kurier akan hantar dokumen?

Pertanyaan ini merupakan ayat yang paling laris ditanyakan di mana-mana syarikat pos / kurier.

Pertama sekali, kita harus tahu, kenapa barang yang kita hantar ni boleh jadi lambat?

Adakah sebab pihak syarikat kurier terlupa untuk ambil barang itu untuk dihantar? Adakah barang anda tersilap lokasi? Barang anda tersekat dimana-mana?

Bagaimanapun alasannya, kita masih nak info dengan pihak syarikat kurier untuk memberikan penjelasan.

Role Playing Reaction GIF by Hyper RPG

Saya boleh katakan, susah untuk trace balik barang yang kita hantar. Walaupun adanya “tracking” untuk setiap barang yang kita hantar.

 

Tapi saya tak cakap mustahil ya. Tujuan “tracking” itu adalah satu cara untuk detect sesuatu barang untuk point-point tertentu.

 

Jika barangan ada sampai di sorting area, anda boleh ramal bahawa barangan anda masih dalam proses pembahagian ke lokasi yang tepat. Ataupun, barang anda baru sahaja sampai ke lokasi tersebut.

 

Semestinya, masa juga akan direkodkan untuk barang anda yang sudah “check-in” ke checkpoint syarikat kurier tersebut.

 

Sebab itu, bagi saya syarikat kurier dapat hantar dari point A ke point B dalam masa 1 – 2 hari kalau paling cepat. Yang kebiasaannya 3 – 4 hari itu atas akibat barangan anda ada sangkut di mana-mana check point.

vampire finger guns GIF by Alpha

Untuk lebih senang memahami, bayangkan anda memandu di bandar, ada kalanya, jalan yang anda lalui sangat jam, tak boleh gerak langsung. Tapi di kawasan lain, jalannya kosong betul.

 

Begitulah dengan syarikat kurier.

 

Syarikat apa yang memberikan servis penghantaran dokumen?

Terdapat pelbagai syarikat yang menyediakan servis penghantaran dokumen atau parcel.

Terutamanya, syarikat-syarikat kurier yang menyediakan servis penghantaran barang untuk para netizen tak kira anda individu atau syarikat.

harvey specter please GIF

 

 

Antara syarikat yang menyediakan servis penghantaran dokumen adalah:

  1. GDEX
  2. MOTOREX
  3. CITY LINK
  4. POS LAJU
  5. ABX EXPRESS

 

Ini adalah syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barang seperti parcel, dokumen, barang ringan dan sebagainya.

Antara syarikat-syarikat kurier diatas, boleh dikatakan “specialist” bagi proses penghantaran barang dengan cepat.

Anda boleh expect barang anda boleh sampai tak kurang dari 1 – 2 hari.

Tetapi ini bukan gurantee ya, ini hanya based on experience. Kalau lambat pun, biasanya 2 – 3 hari. Akan tetapi, syarikat pos sekarang sangat efesyen berbanding dahulu.

 

GDEX

gdex motorex kurier

 

GDEX merupakan syarikat kurier yang memberikan servis penghantaran barang secara “courier”. Jika anda dengar perkataan “courier” bermaksud, barangan yang ingin dihantar itu akan sampai dengan cepat sekali. As soon as possible.

Paling tidaknya 2 hari lambat. GDEX sudah lama beroperasi dalam bahagian servis kurier ini, antara barangan yang kebiaasanya dihantar oleh staff GDEX adalah dokumen.

Tak kisah penghantarannya dalam bandar atau luar bandar iaitu dari negeri ke negeri. Biasanya orang akan pilih GDEX adalah syarikat atau individu yang memerlukan barang itu untuk tiba dalam 1 – 2 hari sahaja.

Kerana, dokumen yang mereka hendak dihantar itu adalah dokumen penting bagi tugasan harian mereka. Walaupun, dokumen pada setiap customer adalah berlainan. Inilah “behavior” yang kami lihat.

 

MOTOREX

motorcycle delivery

MOTOREX merupakan syarikat kurier dan “office boy” servis. Mereka lebih fokuskan untuk penghantaran dokumen untuk kawasan Johor Bahru sahaja. Buat masa ini syarikat MOTOREX hanya boleh menyediakan servis kurier dalam Johor Bahru.

Tetapi yang bezanya, penghantaran mereka dalam hari yang sama. Kalau lewat pun, hari yang seterusnya iaitu 1 hari hari. Oleh kerana mereka memfokuskan penghantaran dalam satu bandar sahaja, mereka boleh menghantar barang dan barang sampai pada hari yang sama.

Hantar pagi, barang sampai waktu petang. Best bukan?

Itu dah kira sebagai “Separuh Hari” walaupun dikira sebagai “Same Day Delivery”.’

Me Too Samesies GIF

 

Walaupun servis ini nampak menarik. Tak semua tempat mempunyai servis “Same Day Delivery” ini dengan harga yang murah dan berpatutan.

Buat masa ini, syarikat MOTOREX, hanya beroperasi di kawasan Johor Bahru sahaja.

Bagi, para penduduk Johor Bahru boleh la untuk menikmati servis “Same Day Delivery” ini.

90 Day Fiance Eric GIF by TLC

 

Mereka juga memberi perkhidmatan untuk “Instant Delivery” dalam 90 mins barang akan sampai.

Biasanya servis macam ini akan mahal sedikit berbanding servis penghantaran biasa.

 

CITY LINK

citylink courier services near me

City Link sudah lama dalam bidang perkhidmatan penghantaran barang ini. Dan kini untuk 2021, mereka masih meluaskan empayar mereka dengan lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia.

Walaupun mereka masih berkembang. Servis penghantaran barang mereka tak dinafikan, sememangnya laju. Tak kira parcel ataupun dokumen biasa.

 

Kalau nak ikutkan, servis penghantaran kurier mereka boleh cover seluruh Malaysia. Mereka sama dengan syarikat-syarikat besar seperti Pos Laju, Gdex dan sebagainya.

Penghantaran mereka akan mengambil masa dalam lebih kurang 2 – 3 hari. Bergantung juga kepada tempat yang sender hantar ke lokasi penerima itu.

 

Bagi saya, City Link masih boleh memberikan servis yang baik untuk penghantaran kurier dokumen dan parcel. Kerana mereka mempunyai fleet yang besar.

Dari lori ke motorsikal, yang memenuhi semua kriteria untuk menyelesaikan logistic penghantaran barang.

 

POSLAJU

kurier dokumen malaysia

Poslaju merupakan anak syarikat pada “Pos Malaysia”. Pos Malaysia sudah lama beroperasi sebagai pusat penghantaran negara. Sudah tentunya, mereka lebih memahami cara bisnes servis penghantaran barang. Kalau anda lihat pada tahun 2020, servis penghantaran mereka sangat laju.

Ada juga customer yang menggunakan pos laju terima dokumen mereka dalam 1 hari sahaja. Peringatan juga bahawa, ia bergantung kepada lokasi yang anda menghantar barangan tersebut.

Kalau barangan anda perlu sorting ke beberapa pusat perhentian Pos Laju, barangan anda akan sampai lambat sedikit. Tetapi tak jauh daripada 3 hari.

Kebiasaanya, customer Pos Laju boleh menerima barang dalam 1 – 3 hari. 2 hari paling kerap kerana pengguna Pos Laju, kami dapati dari bidang “E-Commerce”.

Ramai penjaja online mula menggunakan Pos Laju sebagai servis penghantaran barang mereka untuk produk-produk yang mereka jual.

Untuk penghantaran dokumen pula, Pos Laju juga sesuai untuk menghantar dokumen yang penting kerana mereka mempunya “pack” yang special dengan harga yang tertentu.

Pack yang diberikan menggunakan kertas dan plastik untuk protect dokumen anda.

 

ABX EXPRESS

abx express servis penghantaran dokumen

ABX Express sebelum ini menggunakan lambang dan brand yang berbeza. Sebelum ini, brand mereka sudah dikenali sebagai syarikat kurier yang digunakan sebagai alternatif bagi mereka yang nak menggunakan atau menerima barangan dengan cepat.

 

Lambang mereka yang lama, yang mempunyai merah, hitam dan putih ditukar kepada warna oren dan putih. Tujuan rebranding mereka adalah untuk tampil lebih professional dan memberikan servis lebih baik dari sebelum ini.

 

Walaupun mereka dianggap sebagai alternatif untuk servis penghantaran dokumen, syarikat kurier ini ada baik buruknya sebelum mereka rebrand syarikat mereka.

Pernah juga, customer yang menggunakan servis mereka berasa tidak puas hati dengan penghantaran mereka.

Ada kalanya, penghantaran dokumen customer di hantar agak lambat dari biasa.

 

Oleh sebab itu, mereka sekarang mempunyai imej yang baru untuk memastikan servis penghantaran mereka berjalan dengan lancar.

Kita boleh lihat penghantaran mereka dalam 1 – 3 hari kalau tak ada apa-apa masalah.

Bagi saya, syarikat ini mempunyai potensi, rebrand mereka nampak seakan-akan Shopee dan Lazada.

 

 

Servis Penghantaran Dokumen Bergantung Pada Syarikat Pos?

Anda sudah lihat antaran syarikat-syarikat penghantaran barang di atas, mereka semua mempunyai masa penghantaran yang berbeza.

Walaubagaimanapun, setiap syarikat mempunyai servis penghantaran yang mengambil masa dalam purata 2 – 4 hari.

 

Bagi saya 2 hari kalau paling cepat kalau ikotkan purata kepada semua servis pengeposan. 4 hari jika mereka mempunyai masalah dalam penghantaran barang.

Biasanya, pihak pengeposan mempunyai masalah sebegini akibat “human error” atau barangan di tempat point mereka terlalu banyak.

Oleh sebab itu juga, barangan customer susah untuk “ditrace” balik. Kadang kala akan tersekat di mana-mana.

 

Tak perlu risau kerana setiap syarikat pos mempunyai tracking number sendiri. Di 2021, teknologi semakin canggih dan tracking untuk pos semakin diperbaikkan.

Mana tahu pada masa hadapan kita boleh ada “real-time tracking”. Walaupun teknologi di Malaysia belum lagi sampai ke tahap itu.

 

Dengan kecanggihan teknologi sekarang dan banyak syarikat kurier dapat meningkatkan “efficiency” untuk penghantaran dokumen / parcel.

Walaubagaimanapun, kadang kala, syarikat kurier yang popular seperti Pos Laju, menerima banyak postage dalam sehari. Itu juga merupakan satu faktor apaila barang anda sampai lambat.

 

 

Berapa besar saiz dokumen yang boleh hantar?

Ok. Ini juga bergantung kepada syarikat kurier yang memberikan perkhidmatan penghantaran barang.

Dokumen semestinya mempunyai saiz yang kecil dan barang yang di bawa itu, tak lah berat sangat.

 

Oleh sebab anda menghantar dokumen, atau dilabelkan sebagai “dokumen”, barangan itu hendaklah sesuai untuk abang posmen kita menghantarnya.

Saiz barangan yang dihantar haruslah ringan. Biasanya dalam 1 – 3 kg. Kalau Pos Laju, biasanya 1 kg untuk menghantar barangan yg kecil dan ringan.

 

Barang yang ringan, yang berada dalam 1 atau 3 kg ke bawah, biasanya harga untuk menghantar lebih murah dari pos biasa.

Dengan kurier, anda boleh dapatkan barangan anda dalam masa 1 – 2 hari sahaja.

 

Konklusinya, bagi tempoh penghantaran dokumen itu akan bergantung kepada syarikat kurier. Dan anda boleh aspect dokumen akan tiba dalam 2 – 4 hari.

4 hari kalau lambat sahaja bagi pihak syarikat kurier.

April 15, 2022

Antara 10 Contoh Nama Syarikat Transport

Terdapat beberapa syarikat transport yang anda boleh pilih bergantung

Cara Anda Boleh Menggunakan Transporter KL ke Johor Bahru Untuk Hantar Barang
March 1, 2022

Cara Anda Boleh Menggunakan Transporter KL ke Johor Bahru Untuk Hantar Barang

Kebanyakkan company yang memerlukan medan transport untuk menghantar barang

Post a Comment

Your email address will not be published.

×